berita

Hari Kelapan Pantang Dah Pandu Kereta Sendiri & Masuk Pejabat, Wawa Zainal Undang Makcik Bawang – ‘Kalau Saya Menangis Lagi Sebab Jahitan Masih Tak Okey’

December 9th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Seperti yang diketahui ramai, pelakon Wawa Zainal baru sahaja melahirkan cahaya mata keempat pada 30 November lalu.

Artikel Berkaitan: Tahan Sakit Dari Pukul 2 Pagi, Wawa Zainal Selamat Bersalin Anak Keempat

Artikel Berkaitan: Makcik Bawang ‘Serang’ Maryam Keluar Rumah Pakai Seluar & Tak Ikat Rambut, Ernie Zakri Datang ‘Back Up’ – ‘Dia Kan Korea Mana Boleh Dipaksa Adat Kita’

Hari kelapan dah masuk pejabat

Terbaru, Wawa menarik perhatian wargamaya selepas memuat naik sebuah video yang memaparkan dia pergi ke pejabat ketika sedang berpantang.

Baru memasuki hari kelapan, Wawa, 30, dilihat memandu kereta keluar dari rumah dan menguruskan urusan kerja bersama pekerjanya.

Hari kelapan pantang dan singgah pejabat kejap semak stok mendarat di HQ (ibu pejabat). Alhamdulillah sambutan luar biasa yelah pelanggan dah lama sangat ternanti.

Kesannya bila dah meningkat umur

Semestinya, perkongsian itu mengundang pelbagai komen daripada netizen. Rata-rata mula memainkan peranan ‘makcik bawang’ mengecam tindakan pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin melanggar cara pantang masyarakat melayu.

@nursyamielia: Waduh waduh, lapan hari pantang saya masih kain batik lagi sis.

@sabaz.sabariah: Bagusnya habiskan pantang sebab rahim belum pulih sepenuhnya. Kesannya bila dah meningkat umur nanti. Sekadar nasihat.

@safeaadzren: Hebatnya Wawa. Lapan hari pantang boleh jalan-jalan. Huhuhu kalau saya menangis lagi sebab jahitan masih tak okey.

@shima__samsudin: Masa ni tak rasa lagi. Tunggu tua.

@yatieyayub: Lapan hari pantang kita kain batik lagi, bertungku. Ya Allah jangan ambil mudah bab pantang ini. Kita takut orang tua dulu-dulu pesan.. Kang jatuh peranakan.

Di samping itu, ada juga yang kagum dengan tubuh badan isteri kepada aktor Aeril Zafrel yang kelihatan langsing biarpun baru sahaja melahirkan anak.

Sehingga hari ini, Wawa dan Aeril belum mendedahkan nama bayi mereka kepada umum.

Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7 Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.

Sumber: Instagram @w4w4_zainal

SKIP THIS AD ×