berita

Lima Cakera Keras Bukti Kecurangan Sham Kamikaze Kini Berada Dalam Simpanan Polis – Farazila

July 7th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

sham kamikaze

Rasanya anda semua sudah sedia maklum bahawa perkahwinan kedua Sham Kamikaze bersama Nurul Halimin telah didapati tidak sah oleh mahkamah dan dibubarkan serta merta secara faraq pada 27 Jun yang lalu.

Tidak cukup dengan itu, Sham juga dilihat masih dihimpit ‘perdebatan’ dengan bekas isterinya, Farazila yang masih tidak dapat menemui jalan penyelesaian.

Artikel Berkaitan: Antara Saya Dan Bekas Isteri Hanya Sejarah – Sham Kamikaze Respon Dakwaan Hipokrit

Terkini, Farazila memberitahu BiPop bahawa pada Ogos 2012 dia telah menjumpai 5 buah cakera keras yang mengandungi bukti kecurangan Sham dan kini bukti tersebut berada dalam simpanan pihak polis.

Screen Shot 2014-07-07 at 11.06.37 AM

Sham Kamikaze dan Nurul Halimin

“Sham melafazkan talak kepada saya pada jam 7 malam, 1 September 2011 bersamaan 3 Syawal. Puncanya berkaitan dengan sikap mata kerajangnya. Bukan saja dikaitkan dengan Nurul Halimin, tetapi dia juga bersama wanita lain yang berhijrah ketika itu.

Bagaimanapun Sham datang merujuk secara perbuatan di rumah keluarga saya di Batu Pahat, Johor selepas 15 hari melafazkan cerai.

Saya terpaksa akur dan duduk kembali bersamanya di kediaman di USJ, Subang, sehinggalah saya ingin memfailkan penceraian pada Ogos 2012 apabila menjumpai bukti cakera keras yang merakamkan kecurangan bekas suami itu. Lima cakera keras itu kini berada di simpanan pihak polis.”

Malah, Farazila juga mempersoalkan adakah Sham layak untuk bergelar seorang penceramah dan juga status perkahwinan Sham dengan Nurul Halimin.

“Apakah hukumnya apabila seorang suami menafikan perkahwinannya? Bukankah sudah jatuh talak apabila menafikan perkahwinan secara terang-terangan? Adakah dengan kenyataan ini orang di luar masih mengatakan saya membuat tohmahan dan dakwaan liar.

Kenapa sekarang Sham berani memutar belit kenyataan mengatakan dia berkahwin kali kedua dan bukannya berkahwin dua, sedangkan ketika berkahwin, saya masih isterinya!!

Di sini saya berharap orang luar dapat membuat pertimbangan sendiri. Layakkah manusia sebegini diangkat sebagai pendakwah sedangkan beliau suka berbohong?

Saya pelik sebagai seorang penceramah yang sibuk membetulkan kesalahan orang sana sini, tidakkah Sham tahu rukun pernikahan sehingga melantik orang yang tidak bertauliah.”

Nampaknya Farazila tidak mahu berdiam diri dengan kes ini. Apa agaknya respon Sham pula selepas ini ya? Mungkin Sham juga bakal membuat kenyataan pada pihak media?

P/S: Soal kahwin cerai tak boleh buat main-main!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×