Pelantun suara ‘Jika Kau Kekasih’, Linda Nanuwil berkata dia pernah didekati lelaki berstatus suami orang termasuk golongan kenamaan yang mahu menjadikannya sebagai isteri.
Artikel Berkaitan: Cliff Umar Juara Gegar Vaganza 7, Bawa Pulang Wang Tunai RM102,000!
Sudah ada teman istimewa
Menerusi laporan Berita Harian, Linda turut memberitahu dia enggan melayan individu sedemkian dan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada terpikat dengan lelaki spesis ‘hidung belang’. Tambahnya, dia tidak mahu menjadi perampas sekali gus melukakan hati wanita lain.
Memang ada suami orang yang mahu mengajak saya berkahwin, tetapi saya tolak cara baik kerana tak mahu dia berasa hati. Saya tidak berminat dengan suami orang. Selalunya, saya akan letakkan diri saya sendiri dalam sitausi isteri lelaki terbabit. Adakah saya rela bermadu?
Saya memang tak suka berkongsi dan hanya mahu lelaki itu mencintai saya seorang sahaja.
Disoal mengenai status, Linda mengakui sudah ada teman istimewa, namun, enggan mendedahkan butirannya.
Ya saya sudah ada teman istimewa. Dia bukan orang industri dan bukan suami orang. Saya bukannya ‘penyondol’. Cukup setakat itu sahaja. Kalau nak tahu lebih lanjut, kita sembang di kedai kopi.
Terdahulu, Linda atau nama sebenar, Norlinda Nanuwil, 39, pernah digosip sudah berkahwin dengan seorang VIP, namun, tampil menafikannya. Dakwaan itu timbul selepas artis kelahiran Ranau, Sabah ini tiba-tiba hilang dari radar industri hiburan.
Sumber: Berita Harian