berita

Adam Shahz Dedah Ramai Wanita Ajak Kahwin Selepas 6 Tahun Menduda

October 6th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Adam Shahz, memberitahu dia menerima mesej setiap hari daripada wanita tidak dikenali di Instagram. Ujar Adam, mereka mahu berkenalan dan mengajaknya untuk berkahwin selepas mendakwa bertemu di dalam mimpi.

Artikel Berkaitan: ‘Ivy Sentiasa Dalam Penjagaan Saya Sehingga Kes Induk Selesai’ – Fatin Afeefa

Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Ada Sebab Tak Bawa Anak Pergi Umrah – ‘Saya 157cm Pun Kena Penyek, Bayangkan…’

Belum fikir nak kahwin

Menurut Adam atau nama sebenarnya, Nor Shah Azli Abdol Ghani, dia belum berfikir mengenai soal kahwin meskipun sudah lebih lima tahun menduda. Tambah Adam, dia mahu memberi fokus kepada ibunya, Rokiah Leman, 62, yang kurang sihat di kampung.

Saya tidaklah serik untuk berkahwin lagi, cuma sekarang mahu fokus pada keluarga dan menjaga emak yang sakit. Saya fikir ini adalah masanya untuk beri fokus kepada emak yang sebelum ini saya akui jarang dilakukan.

Malah, setakat ini pun saya ada juga berkawan dengan wanita yang bukan dalam karier seni. Namun, untuk melangkah ke fasa hubungan yang lebih serius itu rasanya belum lagi dan saya masih perlukan masa.

Selama menjadi duda dan bapa tunggal ini, saya tidak dipandang sinis oleh sesiapa, tapi orang asyik nak ‘try’ (cuba). Kalau tengok mesej DM yang saya terima di Instagram, memang banyak.

Kadang-kadang rasa nak balas mesej daripada orang saya kenal di Instagram pun tak selesa, sebab kalau saya buka nak tengok ditakuti individu-individu terbabit kirim mesej itu tahu saya sedang ‘online’.

Sudahnya saya akan pandang saja kiriman mesej diterima itu tanpa membalas pun. Antara mesej yang ditulis, ramai wanita ajak saya berkahwin tak kiralah mereka berstatus bujang dan ibu tunggal.

Ada juga yang ajak saya nikah sebab katanya kami bertemu di dalam mimpi. Tak kurang juga, ada pengirim mesej yang menyifatkan saya dan dia boleh jadi pasangan secocok kerana pengalaman kisah hidup kami lalui sama.

Berbicara mengenai reaksi selepas menerima kiriman mesej daripada kaum wanita, Adam berkata dia agak terkejut apabila mereka berani menghantar kiriman seperti itu kepadanya.

Sebelum ini, Adam pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Fatin Afeefa pada 2013 dan sah bercerai pada 2017. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ivy Herra Sophia, 8.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×