berita

Linda Rafar Dakwa Filem ‘Janna Endoro’ Kena Sabotaj – ‘Ramai Tak Tahu Dah 5 Hari Di Pawagam’

February 29th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi posting di Instagram Story, pelakon Linda Rafar mendakwa filem terbitan syarikat produksinya yang berjudul Janna Endoro disabotaj oleh pihak tertentu.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ikutkan Watak ‘Mat Dat’ Susah Sebab…’ – Pekin Ibrahim

Artikel Berkaitan: Filem Janna Endoro Angkat Wanita Sebagai Hero, Bakal Ditayangkan Di Pawagam Khamis Ini!

Melayu jatuhkan Melayu

Menurut dakwaan Linda, ramai orang tidak tahu tentang kewujudan filem tersebut.

Filem Janna Endoro rupanya ramai yang tak tahu dah lima hari di pawagam. Marketing people yang pihak Double Channel upon tak buat kerja. Baru tahu rupanyaaa promosi filem tak jalan semua tak tahu wujud filem Linda ni. Sabotaj betul laaa.

Tambah Linda, dia seolah letih apabila industri diperlakukan sebegitu.

Melayu jatuhkan melayu. Sampai bila? Filem bagus tapi tak ada orang tahu. Filem tak bagus promo giler. Dunia semakin kotor.

Sekadar info, filem Janna Endoro ini mengetengahkan wanita bernama Janna (Trisha Ooi) sebagai watak utama. Selain Trisha Ooi, filem ini turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Pekin Ibrahim, Mohd Asrulfaizal, Wan Hanafi Su, Josiah Hogan, Zoee Tan, Syed Aiman, Kamarool Hj Yusoff, Zalfa Zin, ZZ Zamrie dan Danie X-Factor.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×