
Penyanyi dan pelakon Liyana Jasmay menzahirkan rasa sebak susulan insiden tikaman membabitkan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor.
Artikel Berkaitan: Liyana Jasmay Nekad ‘Cut Sugar’, Mahu Diet – ‘Memang Berlemak & Perut Berlapis, Jangan Kutuk Saya’
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Biarkan Anak-Anak Lelaki Jadi Seorang Pembunuh’ – Liyana Jasmay
Harap jadi pengajaran

Menerusi perkongsian di Threads, Liyana, 38, berpendapat konflik sesama wanita merbahaya kerana boleh menjadi lebih rumit sehingga sukar mengawal emosi.
Tambah Liyana, kebanyakan mangsa buli akan mengalami tekanan sehingga ada yang bertindak di luar kawalan.
Sedih baca tentang kes tikem di Banting. Mereka baru 15 tahun.
Perempuan dengan perempuan memang bahaya.
Bila sakit hati orang kutuk ke buli ke, dah tertekan dan tak tahu cara lain nak senyapkan terus serang.
Dalam pada itu, Liyana berharap insiden berkenaan menjadi peringatan kepada orang ramai supaya tidak menyakiti hati orang lain sama ada secara sengaja mahupun sebaliknya.
Harap-harap ini menjadi peringatan untuk kita semua.
Tak perlu nak sakitkan hati orang lain. Sebab kita tak tahu orang itu tengah struggle macam mana.
Jadi orang baik, cuba jadi orang baik, elakkan hati hitam.
Imbas kembali, tular di media sosial beberapa rakaman video yang memaparkan suasana cemas di sebuah sekolah di Banting apabila seorang wanita berpakaian serba hitam dilihat memegang sebilah pisau sambil berjalan di dalam kawasan sekolah.
Bagaimanapun, seorang pelajar berusia 15 tahun menjadi mangsa tikaman sehingga mengalami kecederaan pada paru-paru kiri.
Sumber: Threads @liyanajasmay








