berita

Liyana Jasmay Terkejut, Rumah Hampir Dihempap Pokok

November 2nd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Walaupun umum tahu Liyana Jasmay dan ibunya kini selamat dan tidak terjejas dengan Taufan Sandy yang melanda New York dan New Jersey, namun disebalik itu rupanya rumah Liyana Jasmay nyaris dihempap pokok.

Menerusi laporan Berita Harian hari ini, Liyana memberitahu bahawa ketika kejadian berlaku, dia tidak menyangka bunyi dentuman kuat ketika dia sedang tidur adalah bunyi pokok yang tumbang diluar rumahnya.

“Saya terkejut kerana pada mulanya tidak menyangka bunyi dentuman kuat itu sebenarnya datang daripada sebatang pokok yang tumbang.

“Malah bahagian bumbung dan tingkap bilik tidur saya sendiri hampir ditimpa pokok tumbang. Saya memang berada dalam bilik ketika itu. Saya terkejut kerana pada mulanya tidak menyangka bunyi dentuman kuat itu sebenarnya datang daripada sebatang pokok yang tumbang,” ujar Liyana kepada Berita Harian.

Menurut Liyana lagi, bunyi itu menyebabkan dia sekeluarga terbangun dari tidur dan hanya mengetahui kejadian sebenar keesokan harinya.

“Bunyi itu membuatkan kami terjaga daripada tidur dan ketakutan. Keesokan harinya apabila kami periksa, pokok itu tumbang bersebelahan rumah. Tak dapat saya bayangkan kalau pokok itu jatuh atas tingkap, yang kesemuanya dibuat daripada kaca,” ujar pelakon berusia 24 tahun ini.

Liyana yang berada di Amerika Syarikat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pengarahan dan lakonan memberitahu bahawa pengajiannya tergendala sebentar disebabkan Taufan Sandy dan bakal pulang ke Malaysia, Disember ini.