berita

Lori Ais Rempuh Tembok Tol, Pemandu Maut

December 3rd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seorang pemandu lori ais iaitu Abdul Rani Abdullah, meninggal dunia di plaza tol Lunas Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) semalam, selepas lori yang mereka naiki melanggar tembok tol berkenaan. Dalam kejadian itu juga, seorang penumpangnya yang merupakan wanita warga Thailand, mengalami kecederaan ringan.

Pemandu maut manakala penumpang cedera

Menerusi video Media Viral, seorang pemandu sempat merakam detik kemalangan tersebut. Video yang berdurasi 0;37 saat itu menyaksikan lori ais yang dipandu oleh seorang lelaki melanggar tembok Tol Lunas Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dari Kubang Semang menghala ke Lunas, Kulim. Kejadian yang berlaku lebih kurang 7.20 malam itu mengakibatkan pemandu tersebut meninggal dunia di tempat kejadian manakala, penumpangnya mengalami kecederaan ringan.

Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.25 malam. Tambahnya, sebaik sahaja panggilan tersebut diterima, pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian.Operasi tersebut turut dibantu anggota Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Kulim dan Pasukan Bomba Sukarela Lunas. Mangsa yang maut berjaya dikeluarkan pasukan bomba manakala penumpangnya diberi rawatan oleh anggota EMRS.

Sumber: Astro Awani & Media Viral

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.