berita

Tular Rakaman Wanita Maut Diseret Kereta Sejauh 12 KM, Lima Pemuda Ditahan Bantu Siasatan

January 4th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang wanita yang baru pulang dari sambutan tahun baru maut dipercayai diseret oleh sebuah kenderaan sejauh 12 kilometer. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tanpa berpakaian.

Wanita diseret 12km

Susulan daripada itu, ramai netizen mendakwa mangsa, Anjali Singh yang berusia 20 tahun itu telah dirogol sebelum dilanggar. Namun pihak polis menafikan dakwaan tersebut dan percaya ianya adalah satu kemalangan.

Menurut sumber, kenderaan jenis Maruti Suzuki Baleno yang melanggar dan menyeret mangsa dipercayai dinaiki oleh lima lelaki. Kelima-lima suspek telah ditahan bagi membantu siasatan. Manakala mayat mangsa juga telah dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat.

Kesemua suspek telah dibawa ke lokasi kejadian untuk menceritakan semula kepada pihak berkuasa mengenai kemalangan tersebut. Hasil keterangan, suspek mengakui ketika kejadian, mereka berada di bawah pengaruh alkohol dan tidak menyedari telah melanggar skuter yang dinaiki mangsa sehingga mangsa terjatuh sebelum menyeretnya sejauh 12 km. Selepas menyedari kejadian itu, kesemua suspek yang panik bertindak meninggalkan mayat mangsa dan melarikan diri.

Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan ahli keluarga mangsa berharap agar pelaku dijatuhi hukuman setimpal.

Sumber: Kashmir Observer, NDTV

SKIP THIS AD ×