Pelakon dan pelawak, Azizul Ammar berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika terserempak dengan seorang aktres senior di sebuah kedai mencuci kereta, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Azizul Ammar Tuntut Baki Bayaran RM9,000 – ‘Mesej Pemilik Stesen Langsung Tak Balas’ 

AArtikel Berkaitan: Azizul Ammar Mengaku Tawaran ‘Sendu’ Selepas Kontroversi Watson Nyambek – ‘Saya Mesej Produser Untuk Minta Job’

Pelakon senior sinis Ammar?

Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan, 38, berkata, dia menyatakan hasrat untuk bekerjasama dalam satu projek lakonan bersama aktres berkenaan, namun jawapan yang diterima agak mengejutkan.

Kejadian ini berlaku baru-baru ini, ketika itu saya pergi mencuci kereta di sebuah ‘carwash’ di Kota Damansara. Sambil menunggu kereta saya siap dicucui, tiba-tiba saya ternampak sosok tubuh senior pelakon senior.

Saya selalu apabila jumpa dengan artis atau orang lebih berpengalaman, sebagai anak seni yang lebih mudah saya kemudian bertindak menegurnya.

Saya menyatakan hasrat untuk berlakon dengannya satu hari nanti. Namun respon yang diberikan agak mengejutkan. Dia kata ‘Betul ke? Takut awak tak boleh sabar je sebab nak jadi pelakon kena tahan marah’.

Ammar berkata demikian ketika ditemui pada majlis Megastore ‘The Next Milestone’ di gudang karpet miliknya, Al Aqsa Carpets di Shah Alam, baru-baru ini.

Tambah Ammar, walaupun kata-kata itu kedengaran agak sinis, namun dia tidak mengambilnya sebagai satu penghinaan, sebaliknya memilih untuk melihatnya dari sudut positif.

Mungkin penyampaian dia lain atau mungkin penerimaan saya juga lain ketika itu. Saya anggap jawapan yang diberikan adalah untuk menguji saya sebagai seorang pelakon perlu kuat.

Saya tidak kecil hati sama sekali. Pada hari itu pula mood saya dalam keadaan baik dan memang momen ‘me time’ saya. Jadi saya hanya mahu melalui hari itu dengan begitu indah sekali.

Dalam pada itu, Ammar berkata, sekiranya diberi peluang untuk bekerjasama dengan aktres senior tersebut pada masa akan datang, dia tetap berbesar hati.

Seandainya satu hari nanti saya dapat bekerjasama dengan aktres senior itu, saya sangat berbesar hati. Cuma kata-katanya itu pasti saya ingat. Menjadikan saya pelakon lebih baik kelak.