berita

Luar Biasa! Budak Tadika Bagi Jongkong Emas Sebagai Hadiah Pertunangan Buat ‘Bakal Isteri’

January 4th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Seorang kanak-kanak lelaki yang masih bersekolah tadika telah mengejutkan wargamaya di China apabila menghadiahkan jongkong emas bernilai lebih 106,000 yuan (RM69,650.90) kepada seorang gadis di kelas taskanya.

Artikel Berkaitan: Gadis Ini Terima Hadiah Daripada Budak Lelaki Yang Tak Dikenali & 14 Tahun Selepas Itu..

Hadiah ‘pertunangan’

Memetik laporan South China Morning Post, kanak-kanak berkenaan memberikan dua jongkong emas seberat 100 gram kepada gadis tersebut sebagai hadiah pertunangan.

Menerusi video yang tular, gadis berkenaan dengan begitu teruja menunjukkan dua jongkong emas yang berada di dalam sebuah kotak berwarna merah kepada ibu bapanya.

Terkejut melihat hadiah tersebut, ibu bapa gadis berkenaan memintanya untuk memulangkan semula hadiah tersebut serta membuat permohonan maaf kepada keluarga pelajar lelaki berkenaan.

Ibu bapa pelajar lelaki itu berkata mereka telah memaklumkan kepada anak mereka bahawa jongkong emas itu dibelikan buat bakal isterinya namun tidak menyangka anaknya itu mengambil secara rahsia dan memberikannya kepada anak perempuan kami.

Keadaan yang berlaku ini ternyata menghiburkan dan dalam masa yang sama membuatkan kami bingung.

Dalam masa yang sama, ibu bapa gadis berkenaan menasihati ibu bapa lain agar sentiasa berwaspada dan berharap agar perkara itu tidak berlaku lagi kepada anak mereka.

Untuk makluman, kejadian ini bukanlah kejadian yang pertama berlaku di China. Pada Mei tahun lalu, tularnya berita mengenai seorang budak tadika dari Shanghai memberi seorang gadis sebentuk cincin Bulgari bernilai 19,000 yuan (RM12,407.98 ) sebagai hadiah perkahwinan. 

Sumber: South China Morning Post

SKIP THIS AD ×