Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan tindakan biadap seorang remaja lelaki yang bertindak ‘meludah’ pada botol minuman berkarbonat yang terpampang wajah anggota kumpulan Blackpink iaitu Lalisa Manoban. Video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya mengkritik tindakan lelaki itu.
Dah ludah, letak balik
Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang remaja di akaun TikToknya sebelum dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali dengan nama Darry Iskandar.
Dalam video pendek berdurasi 0:10 saat itu memaparkan seorang remaja lelaki yang memakai baju merah telah mengambil satu botol minuman berkarbonat yang terdapat wajah Lisa Blackpink dari dalam peti sejuk di sebuah kedai serbaneka. Dia kemudian meludah pada botol tersebut sebelum meletakkannya kembali ke dalam peti sejuk itu.
Ludah macam tu. Eee kau tak fikir orang lain nak beli air tu tiba-tiba ada ludah kau.
Pengotor betul
Tidak cukup dengan itu, dia juga sempat memerli dan mengatakan wajah Lisa dari anggota Blackpink itu adalah plastik. Tindakan tidak bermoral itu telah mendapat kecaman hebat daripada netizen. Mereka menyifatkan individu ini seorang yang biadap, pengotor dan tidak menghormati orang lain.
Malah, netizen juga bimbang akan tahap kebersihan minuman berkenaan lebih-lebih lagi ketika penularan wabak Covid-19. Mereka berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap lelaki ini.
Sumber: Darry Iskandar