Pelakon Lufya Omar mendedahkan kisah yang disimpan daripada orang ramai mengenai anak perempuannya, Laana Haura.
Artikel Berkaitan: Dr Che Hafiz Anggap Lufya Omar Sudah Melampau, Sedar Tanggungjawab Kena Bagi Nafkah Anak – ‘Jangan Libatkan Bakal Isteri Saya’
Pernah trauma
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Lufya menyatakan Haura pernah berdepan dengan trauma sehinggakan kerap memukul mukanya sejak kecil.
Menurut Lufya, 37, dia telah mendapatkan rawatan terapi dan kini anak berusia lima tahun itu sudah berubah menjadi kanak-kanak yang ceria selain lancar dalam bertutur.
Kami usaha dari dia ada trauma masa kecik (selalu pukul muka) , speech delay (lambat bertutur), dan hyperactive dan sekarang Haura berubah menjadi anak yang suka senyum, positif, baik dan strong. Perubahan yang sangat banyak.
Saya bawa pergi terapi untuk bantu Haura. Alhamdulillah dah lancar bercakap. Saya tak pernah kongsi ini kepada umum.
Keluarga bagi sokongan
Tambah pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar, dia bersyukur kerana ahli keluarganya tidak pernah lokek berkongsi kasih sayang dengan anak tunggalnya.
Haura sudah ada enam emak. Saya, mama dan empat adik perempuan saya telah sama-sama berganding tangan menjaga Haura sepenuh hati kami sejak dari lahir lagi.
Saya terhutang budi dan hormati mereka kerana sanggup korbankan masa, duit, berkongsi tekanan dan susah senang bersama. Kakak tak pernah cakap ini. Tapi harini akak bersyukur mama didik kita semua adik beradik bersatu hati dan ikhlas menjaga satu sama lain.
Dalam pada itu, pelantun lagu Diam menekankan ibu tunggal mampu untuk bangkit semula daripada ujian rumah tangga dengan sokongan daripada orang ramai.
Pesannya lagi, jangan dipersalahkan dan memberi tekanan kepada wanita teraniaya sebaliknya berikan kata-kata hikmah dan positif kerana tidak ada yang menginginkan penceraian berlaku dalam kehidupan.
Untuk rekod, Lufya pernah mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Bagaimanapun Lufya dan Hafiz yang merupakan seorang doktor bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
Sumber: Instagram @lufyalaana