berita

Lufya Omar Pelik, Dah Naik Mahkamah Tapi Suami Enggan Bercerai Pula

November 19th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Sudah hampir 4 bulan bergantung tak bertali, pelakon Lufya Omar terkilan dengan tindakan suaminya yang gagal menghadiri diri ke mahkamah sebutan permohonan cerai, tempoh hari. Dia menyifatkan tindakan Dr Che Hafiz itu melengahkan kemelut rumah tangga mereka.

Malah, Lufya Omar turut keliru dengan pendirian suaminya itu apabila membuat keputusan untuk menolak penceraian tersebut.

Sekarang dia tarik balik

Pasangan ini diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Petaling Jaya untuk melantik ahli jawatankuasa pendamai (JKP) berhubung kemelut rumah tangga mereka. JKP akan bertindak untuk menasihati dan mencari jalan penyelesaian kemelut rumah antaramereka berdua.

Saya tak boleh nak komen banyak kerana kes ini belum selesai. Apa yang pelik dia sudah ceraikan saya menerusi WhatsApp dan memaklumkan perkara itu kepada beberapa media. Sekarang, dia tarik balik dan cakap tak mahu ceraikan saya.

Saya tahu tanggungjawab saya

Sementara itu, Dr Che Hafiz turut mengulas mengenai keputusan yang telah dibuatnya untuk menolak penceraian setelah dia melafazkan cerai melalui mesej di WhatsApp kepada Lufya Omar.

Saya tidak boleh ulas lanjut. Peguam menasihati saya supaya mengikut prosedur yang ditetapkan mahkamah. Sebagai bapa, saya tahu tanggungjawab saya dan takkan abaikan anak. Pada masa sama, saya tidak akan pisahkan dia dengan Lufya.

Dia tetap bapa kepada anak saya

Bagaimanapun, Lufya amat bersyukur kerana diberi kesempatan anak perempuannya itu bertemu dengan ayahnya di mahkamah selepas sesi posiding kes mereka.

Alhamdulillah, hari ini saya dapat kekuatan bawa Laana Haura untuk bertemu bapanya selepas beberapa bulan tidak bersua muka.

Saya mahu anak saya dapat kasih sayang daripada bapanya. Tadi pun, berkali-kali Laana Haura panggil bapanya. Apa pun terjadi, dia tetap bapa kepada anak saya.

Sumber: Metro, Astro Gempak

SKIP THIS AD ×