Di Facebook, Bhenhar Jul Abdul Razak telah berkongsi satu kisah mengenai seorang pemuda yang dikenali sebagai Jaya. Menurutnya, lelaki itu memerlukan bantuan daripada orang ramai untuk memudahkan urusan pembedahan kakinya.
Kakinya patah
Bismillah. Pagi tadi time pergi Airport Lahad Datu, saya ternampak sorang lelaki yang dikelilingi beberapa kakitangan Airport sedang duduk di tepi jalan dalam keadaan yang sangat lemah. Difahamkan dia dari kampungnya berjalan kaki ke airport ingin meminta bantuan orang ramai. Namanya Jaya, bekerja di satu syarikat swasta sebagai tukang sabit kelapa sawit. Jaya terlibat dalam satu kemalangan, motor yg ditunganginya berlanggar dengan sebuah lori yang mengakibatkan kakinya patah.
Menurut Bhenhar Jul, sewaktu dia hendak pergi ke lapangan terbang Lahad Datu, Sabah, dia ternampak seorang lelaki sedang duduk di tepi jalan sambil dikelilingi beberapa orang. Ujarnya lagi, kaki lelaki tersebut patah dan berwarna hitam ekoran kesan luka yang dialaminya dibiarkan begitu lama. Oleh itu, dia memohon bantuan orang ramai agar urusan pembedahannya dapat dijalankan dengan segera.
Rasa sebak mendengar
Rasa sebak mendengar, dia bercerita keadaannya dgn air mata yg berlinangan. Rupanya, pada bulan Mac selepas berlaku kemalangan tu, majikannya tidak mengambil tahu halnya. Hingga laa dia pulang ke kampung tanpa mendapat rawatan sebaiknya. Selama dia di rumah dia menahan sakit dan keadaan kakinya semakin teruk, luka membesar hingga tulang betis kelihatan. Katanya dia pergi hospital untuk buat pembedahan (potong kaki) tapi kos yang diperlukan dalam 16k. Kerana itu dia berjalan kaki ke airport kalau-kalau ada yang sudi membantu.
Di samping itu, Jaya turut memberitahu yang majikannya tidak mahu mengambil tahu sebaik sahaja dia terlibat dalam kemalangan tersebut. Susulan daripada itu, dia pulang ke kampung dan tidak mendapatkan apa-apa rawatan. Sepanjang berada di kampung, pemuda itu turut memberitahu dia terpaksa menahan sakit sehingga tulang betisnya kelihatan. Jelasnya lagi, dia memerlukan RM16 ribu untuk menampung kos pembedahan yang bakal dilakukan.
Sumber: Bhenhar Jul Abdul Razak