
Lumi News, agregator berita No. 1 di Malaysia, bersama CloudJoi, platform terkemuka bagi seni persembahan dan hiburan secara langsung, mengumumkan satu kolaborasi strategik yang bertujuan mendekatkan rakyat Malaysia dengan dunia seni kreatif tempatan.
Artikel Berkaitan: REV Media Group Meneruskan Cabaran ‘Real Atau AI’, Bantu Bezakan Kandungan Asli & Janaan AI
Berita & seni

Kerjasama yang dilancarkan secara rasmi pada acara ucaptama JoiUp 2026 ini memberi fokus kepada usaha merapatkan jurang antara penemuan digital dan pengalaman dunia nyata.
Melalui integrasi pangkalan data acara CloudJoi dengan penyampaian berita dipercayai oleh Lumi News, pengguna kini boleh beralih dengan mudah daripada membaca tentang sesuatu acara kepada menyertai pengalaman tersebut secara langsung.
Menerusi kolaborasi ini, pengguna Lumi News kini boleh mengakses ‘News Stack’ khas daripada CloudJoi yang dikenali sebagai ‘Acara Trending’.
Suapan ini memaparkan pelbagai acara popular termasuk pertunjukan pentas, teater muzikal, konsert dan pelbagai pengalaman hiburan di seluruh Malaysia.
Sebagai nilai tambah, kedua-dua platform ini turut menawarkan promosi eksklusif kepada pengguna. Mereka yang menempah tiket melalui aplikasi Lumi News akan menikmati diskaun sebanyak 10 peratus, dengan had maksimum RM5 bagi setiap pembelian.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lumi News, Judith Yeoh, perkembangan pesat industri seni tempatan memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat yang dinamik dan berdaya tahan.
Arena seni tempatan yang berkembang pesat adalah nadi kepada masyarakat yang berdaya tahan. Dengan kerjasama ini, kami mahu menyokong penggiat seni tempatan serta membuka lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk menikmati pelbagai bentuk persembahan, tidak kira kali pertama atau sudah berkali-kali. Keluarlah, bergelak tawa dan nikmati pengalaman yang mampu menyentuh jiwa.
Memberi inspirasi

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CloudJoi, Dennis Lee berkata, kerjasama tersebut selari dengan visi mereka untuk memudahkan orang ramai meneroka dan merasai pengalaman seni secara langsung.
Perkongsian ini membolehkan kami membawa seni Malaysia kepada khalayak yang lebih luas dan memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mendekati dunia persembahan secara langsung.
Antara kelebihan yang ditawarkan kepada pengguna termasuk peluang meneroka dunia seni dan budaya yang dikurasi secara terus dalam aplikasi Lumi News. Selain itu, pengguna juga akan menerima cadangan acara yang disesuaikan berdasarkan minat serta gaya hidup mereka.
Menariknya, pengguna turut berpeluang menikmati diskaun bagi acara terpilih serta menerima notifikasi masa nyata berkaitan pengumuman persembahan baharu, sekali gus memastikan mereka tidak terlepas peluang mendapatkan tempat duduk terbaik.
Bagi memanfaatkan ciri ini, pengguna hanya perlu mengemas kini aplikasi Lumi News ke versi terkini (2.12 atau ke atas), kemudian membuka ‘News Stack’ untuk melihat senarai acara yang dikurasi setiap minggu.
Untuk membuat tempahan, pengguna boleh menekan pada imej atau tajuk acara yang diminati dan akan dibawa terus ke laman CloudJoi. Diskaun pula akan dimasukkan secara automatik semasa proses pembayaran.
Menariknya, tiada had pembelian dikenakan, membolehkan pengguna menikmati tawaran ini untuk pelbagai acara selagi tiket masih tersedia.








