berita

Lumi News Lancarkan Ciri Baharu, Sediakan Liputan Menyeluruh Sepanjang PRN 2023

August 8th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Lumi News PRN 2023

Aplikasi agregator berita nombor satu Malaysia, Lumi News menyediakan liputan Pilihan Raya Negeri yang komprehensif, video ceramah secara langsung dan keputusan pilihan raya terkini selaras dengan Pilihan Raya Negeri 2023 yang akan datang.

Artikel Berkaitan: Hanya Dalam Satu Aplikasi, Lumi News Bawa Kandungan Politik Eksklusif Sempena PRN

Lancar ciri Chat terbaharu

Aplikasi Lumi News PRN

Antara ciri baharu yang dilancarkan ialah fungsi Chat di mana rakyat Malaysia boleh bersembang sesama sendiri, menyuarakan pendapat, serta berkongsi perasaan ‘kan cheong’ sementara menunggu keputusan pilihan raya bersama orang lain.

Bukan itu sahaja, pengundi juga berpeluang untuk bersembang dengan profil yang disahkan di aplikasi, termasuk Syed Saddiq, Hannah Yeoh, dan pembaca berita veteran, Charles Mohan.

Bukan itu sahaja, Lumi News turut menampilkan siri News Stacks eksklusif oleh beberapa tokoh politik Malaysia terkenal termasuk Tun Mahathir, Rafizi Ramli, dan Hannah Yeoh bagi membantu membimbing pengguna ketika sebelum, semasa dan selepas hari mengundi.

Kandungan eksklusif yang disediakan ini bakal menghubungkan pengguna dengan perkara yang difikirkan dan dirancang oleh ahli politik dan pandangan mereka mengenai pilihan raya yang akan datang.

Lumi News juga akan menyediakan liputan langsung keputusan pilihan raya, dengan pecahan terperinci kiraan undi mengikut parti dan negeri pada hari pengundian.

Pengguna juga boleh menyediakan pemberitahuan tersuai untuk menerima kemas kini keputusan bagi negeri pilihan mereka.

Laman keputusan yang estetik

Lumi News PRN 2023

Aplikasi ini telah memperkenalkan dua antara muka utama ke halaman keputusan iaitu terperinci dan keseluruhan yang mana akan memberi gambaran keseluruhan serta memaparkan parti-parti terkemuka untuk semua enam negeri.

Walaupun gambaran keseluruhan akan memaparkan parti-parti terkemuka untuk semua 6 negeri, paparan terperinci akan membentangkan pecahan kiraan pengundian bagi setiap gabungan yang bertanding.

Walau bagaimanapun, kedua-dua antara muka paparan akan membawa kepada paparan Perlumbaan yang unik di mana pengguna dapat melihat siapa yang ‘berlari’ paling pantas untuk kemenangan.

Ketiga-tiga bentuk pengiraan keputusan (Keseluruhan, Terperinci dan Mod Perlumbaan) akan sentiasa dikemas kini, jadi pengguna akan sentiasa melihat kiraan undian masa nyata secara langsung pada aplikasi.

Dengan Lumi News, segala info termasuklah notifikasi pilihan raya negeri yang tersuai buat semua 6 negeri, siaran ceramah rasmi, dan juga cara cepat dan mudah untuk anda mencari kawasan pilihan raya atau kerusi panas anda.

Muat turun Lumi News secara percuma di Google Play StoreApple App Store dan Huawei AppGallery hari ini.

SKIP THIS AD ×