
Pelakon jelita Indonesia, Luna Maya berkongsi pengalaman getir yang pernah dilaluinya sepanjang bergelar anak seni.
Artikel Berkaitan: Dikecam Kerana Mengamuk Dengan ‘Staf’, Kawan Baik Tampil Pertahan Luna Maya – ‘Kalau Dah Tegur Banyak Kali, Siapa Ja Tak Marah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Majlis Resepsi Luna Maya ‘Diserbu’ 800 Tetamu, Hadiahkan ‘Doorgift’ Bernilai Hampir RM2,600 Seorang
Luna Maya pernah menangis tak ada duit

Menurut Luna atau nama sebenarnya Luna Maya Sugeng, dia pernah berdepan dengan kesempitan wang sehingga membuatkan dirinya terduduk dan menangis.
Lebih memilukan, pelakon filem ‘Sumala’ berkongsi bahawa akaun bank miliknya pernah tidak mempunyai wang.
Peminat mesti tak percaya sebab mereka sangka saya sentiasa hidup tenang.
Tetapi mereka tak tahu bahawa saya pernah menangis kerana tak ada duit.
Pernah satu ketika dalam akaun bank saya hanya tinggal Rp0.
Ketika itu, saya hanya bergantung kepada kad kredit sahaja.
Luna berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu di program ‘Update Kehidupan’ di Indonesia, baru-baru ini.
Bercerita lanjut, isteri kepada Maxime Bouttier memaklumkan dia kini menyimpan wang pendapatannya di akaun syarikat bagi membayar segala komitmen yang ada.
Segala duit saya simpan dalam akaun syarikat yang kemudiannya digunakan untuk membayar pekerja, sewa premis dan lain-lain.
Saya tak kaya dan tak senang tapi tak akan semuanya saya perlu kongsi pada umum kan?
Video
Sumber: IG Update Kehidupan





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

