

Kelihatan begitu akrab dan sering memuat naik foto bersama, penyanyi, Luqman Faiz menafikan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi, Fieya Julia.
Artikel Berkaitan: Luqman Faiz Kongsi Video Buat Rawatan Islam Akibat Alami Gangguan Mistik – ‘Jauhi Sikap Hasad & Dengki’
Artikel Berkaitan: Luqman Faiz Dedah Diganggu Golongan Songsang Sejak Hari Pertama Masuk Industri – ‘Video Aku Dijadikan Konten’
Tak bercinta

Luqman atau nama lengkap Luqman Abdul Halim Faiz, 24, berkata, gambar tersebut merupakan bingkisan daripada muzik video lagu duet terbaharu mereka yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Kami tiada apa-apa hubungan pun. Saya ada post gambar dengan Fieya, tapi itu semua bingkisan dari muzik video sahaja.
Jadi, mengenai saya ada hubungan istimewa dengan Fieya, itu bukanlah satu isu. Itu hanya tanggapan orang, kami berkawan.
Kapsyen hantaran itu mungkin berbaur cinta, tapi itu adalah lirik lagu. Ia bukan gimik, itu satu promosi. Ini adalah kerja team marketing saya.
Luqman berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert ATM Rampas Kuala Lumpur yang diadakan di ibu kota, pada Rabu.
Berkongsi lanjut, Luqman secara berseloroh memberitahu Fieya tidak memiliki ciri-ciri wanita idamanya. Bagaimanapun, mengakui selesa bekerjasama sebagai rakan industri.
Secara jujurnya, Fieya bukan taste (citarasa) saya pun. Setiap manusia ada pilihan masing-masing, saya pandang dia sebagai kawan dan rakan kerja sahaja.
Ciri-ciri pilihan pasangan, saya suka seorang yang pendiam. Saya jenis yang tak duduk diam, jadi partner saya kena yang chill, pemalu dan sopan.








