berita

Lutut Kiri Cedera Teruk Ketika Penggambaran, Hairul Azreen Minta Maaf – ‘Dah Sampai Masa Untuk Rehat’

February 15th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Hairul Azreen, 35, memberitahu dia tidak dapat meneruskan penggambaran filem The Original Gangster (The OG) selepas ligamen krusiat anterior (ACL) lutut kirinya cedera.

ACL lutut kiri putus

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris turut meminta maaf kepada semua yang menjayakan produksi itu kerana dia perlu berehat untuk kembali sembuh.

Dukacita dimaklumkan saya tak dapat teruskan shooting THE OG disebabkan ACL lutut kiri saya putus. Minta maaf kawan-kawan dan pasukan produksi. Dah sampai masa untuk saya rehat.

Hairul berkongsi berita mengenai kecederaannya itu menerusi beberapa foto dan video dalam sebuah hantaran di Instagram. Di samping itu, Hairul turut berkongsi video tatkala menjalani CT Scan (pengimbasan tomografi berkomputer). Terdahulu, Hairul pernah mengalami kecederaan yang sama di bahagian kanan.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Sumber: Hairul Azreen

SKIP THIS AD ×