berita

‘Maaf Atas Segala Ketelanjuran’ – Netizen Cemas, Kak Lina Pom Pom Umum ‘Tarik Diri’ Mengacara GV

September 27th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Kak Lina Pom Pom Tarik Diri Mengacara Gegar Vaganza

Pengacara dan penyanyi popular, Kak Lina Pom Pom mengumumkan penarikan dirinya sebagai salah seorang pengacara bagi rancangan realiti, All Star Gegar Vaganza.

Artikel Berkaitan: GV10: Jihan Kembali Bergabung Dengan Nabil & Elly Mazlein! Ezad Lazim, Zamani Antara 6 Peserta ‘Hot Seat’

Salahkan diri sendiri

Kak Lina Pom Pom Tarik Diri Mengacara Gegar Vaganza

Berita mengejutkan itu diumumkan sendiri pengacara berusia 42 tahun itu menerusi hantaran yang dimuat naiknya di Instagram.

Menurut Kak Lina dia menerima segala maklum balas yang ditulis mengenai gaya pengacaraannya yang dikatakan terlalu ‘over’ dan meletakkan kesemua kesalahan pada dirinya sendiri.

Assalamualaikum, selamat pagi semua. Moga kita semua dalam keadaan yang baik-baik ya.

Selepas Kak Lina membaca kesemuanya, ya kak lina baca semua komen-komen anda. Sudah masanya Kak lLna tidak perlu ada di Gegar Vaganza (GV) demi menjaga hati anda dan semua pihak.

Kak Lina meletakkn kesemua kesalahan pada diri sendiri. Niat Kak Lina untuk menghiburkan, tapi lain pula jadinya, buat semua orang tak berminat nak tgk GV pula.

Sekali lagi Kak Lina meletakkan kesalahan pada diri sendiri.

Plot twist rupanya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)

Susulan itu, pelantun lagu ‘Janji Kekasih’ memohon maaf di atas segala kekurangannya dan membuat keputusan untuk menarik diri sebagai salah seorang pengacara. Namun, tulisan di akhir hantarannya itu ternyata melegakan hati para peminatnya.

Ya ramai yang mencari rezeki di GV. Demi kebaikan semua pihak, Kak Lina Tak akan muncul lagi di GV.

Minta maaf segala kekhilafan ya, Kak Lina tak bermaksud apa-apa memang nak menghiburkan. Jaga diri ya semua.

Terima kasih di atas segala kemanisan yang Kak Lina rasa seblum ni, terima kasih banyak-banyak.

Insya-Allah Elly Mazlein akan menggantikan Kak Lina di GV nanti.

Respon netizen

Kak Lina Pom Pom Tarik Diri Mengacara Gegar Vaganza

Kak Lina Pom Pom Tarik Diri Mengacara Gegar Vaganza

Kak Lina Pom Pom Tarik Diri Mengacara Gegar Vaganza

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa lega mereka tatkala membaca hantaran yang dimuat naik Kak Lina itu.

Mereka juga sempat berseloroh mengatakan tidak mahu Elly Mazlein menggantikan tempat pengacara kerana perwatakannya lebih sopan berbanding Kak Lina.

Terdahulu, Kak Lina menerima pelbagai komen dari wargamaya yang mengatakan dirinya sedikit over ketika menjadi pengacara bagi program All Star Gegar Vaganza.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×