berita

‘Maaf Dah 19 Tahun Takdok Tangan’ – Netizen Puji Keikhlasan Gadis Ini Terima Teman Lelaki Kelainan Upaya

June 25th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Cinta tak mengenal paras rupa. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan sesebuah hubungan istimewa seperti pasangan muda ini.

Menerusi Twitter Nuha Adenan, gadis ini kongsi video sweet ketika menyambut hari ulang tahun kelahiran teman lelakinya. Perkongsian Nuha ternyata mencuri tumpuan netizen apabila teman lelakinya merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Maaflah dah 19 tahun takdok tangan

Video berdurasi 2:20 itu menunjukkan Nuha mengadakan kejutan buat teman lelakinya. Gadis itu siap menyediakan kek dan melakukan segala persiapan seorang diri bagi memastikan teman lelakinya itu gembira. Teman lelakinya itu turut meminta maaf kepadanya kerana sudah 19 tahun dirinya tiada tangan. Perkongisan video sweet itu seakan membuktikan bahawa paras rupa bukanlah halangan untuk seseorang mencapai kebahagiaan.

I’m so happy to see someone like him smile

Menurut Nuha, dia berasa sangat gembira apabila melihat teman lelakinya itu senyum walaupun telah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan hidup. Katanya lagi, tiada sesiapapun boleh mempersoalkan kenapa dia memilih lelaki tersebut sebagai teman hidup.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen sebak dan kagum dengan gadis tersebut kerana ikhlas menerima teman lelakinya walaupun dia mengetahui keadaan fizikal lelaki tersebut. Netizen turut mendoakan hubungan pasangan tersebut sampai ke jinjang pelamin dan kekal sehingga ke jannah.

Sumber: Nuha Adenan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×