Semalam, pelakon, Remy Ishak menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-41.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Sweetnya Remy Ishak! Bawa Isteri Sambut Birthday Dalam Gua
Macam-macam aku tempuh
Menerusi posting di Instagram, Remy dipercayai sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama bersama beberapa orang pelakon. Oleh kerana jadual Remy yang padat, krew produksi telah melakukan kejutan buat dirinya. Terharu dengan kejutan yang dilakukan, Remy meluahkan rasa syukur dan gembira kerana bertemu dengan orang yang baik di sekelilingnya.
Alhamdulillah. Macam-macam dah aku tempuh ni, moga di usia 29 tahun ni Allah mudahkan sikit perjalanan dunia ni buat aku. Korang semua doakan la yang baik-baik untuk aku ye. Nanti dekat akhirat aku balas jasa baik korang semua. In shaaAllah.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, isteri kepada Remy Ishak iaitu Ezza Yusof turut memberi ucapan istimewa buat suaminya. Ujar Ezza, Remy seorang suami yang baik.
Happy Birthday suamiku. Terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik untuk saya.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Ezza Yusof