Di Instagram, pelakon, Remy Ishak dilihat melakukan kejutan yang cukup istimewa buat isterinya iaitu Ezza Yusof sempena ulang tahun kelahiran pada tahun ini.
Artikel berkaitan: ‘Ini Kehamilan Pertama Jadi Saya Perlu Pastikan Kandungan Kuat & Sihat’ – Remy Ishak Bakal Jadi Bapa
Terima kasih suamiku
Menurut Ezza, mereka berdua tidak merancang untuk pergi bercuti di Perak. Tambah Ezza, selepas ini suaminya akan sibuk menjalani penggambaran selama empat bulan. Berikutan daripada percutian tersebut, Ezza berkata dia tidak menyangka suaminya sudah membuat perancangan untuk menyambut ulang tahun kelahirannya.
Percutian yang tidak diranang dan sambutan awal ulang tahun kelahiran. Alhamdulillah. Terima kasih suamiku. Semoga sentiasa dipermudahkan urusan dan di rahmati Allah. Amin.
Menerusi foto dan video yang dikongsikan, Remy kelihatan sangat romantik kerana membawa isterinya untuk makan bersama di dalam gua. Bukan itu sahaja, Remy turut memberi sekuntum bunga rose kepada Ezza sewaktu mereka berdua duduk di meja makan.
Sumber: Ezza Yusof