berita

‘Macam Mana Gambar & Voice Note Boleh Tersebar?’ – Abang Ipar Dakwa Fatin Umaidah ‘Play Victim’

December 2nd, 2023 | by Alia
Kini Trending

fatin playvictim

Seorang individu yang dikenali sebagai Cikgu Wan dan dipercayai abang ipar kepada Fatin Umaidah mendakwa wanita itu dengan sengaja menularkan kemesraannya bersama Alif Teega di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Viralkan Gambar Alif Teega & Wanita Dipercayai Fatin Umaidah Dalam Kereta – ‘Patutlah Tak Bagi Check Dashcam, Takut Kantoi!’

Artikel Berkaitan: ‘Dia Hanya Nak Tahu Isi Dashcam, Kereta Itu Pula Selalu Alif Bawa Atau Mungkin ‘Perempuan Itu’….’ – Adik Aisyah

Sikap ibu mentua

fatin playvictim

Menerusi hantaran di TikTok, individu tersebut memuat naik tangkap layar perbualan keluarga mentuanya.

Cikgu Wan menyifatkan ibu mentuanya sebagai seorang yang tidak beradab kerana menggunakan bahasa kesat terhadap bapa mentua dan isterinya, Arma.

Menurutnya lagi, tujuan hantaran tersebut disebarkan adalah kerana dia mahu masyarakat mengetahui tentang perangai sebenar keluarga tersebut.

Fatin putar belit cerita?

fatin umaidah

Dalam pada itu, Cikgu Wan juga mendakwa Fatin dengan sengaja menyebarkan gambar dan ‘voice note’ yang tular sebelum ini dengan tujuan untuk membuat isteri pertama Alif, Aisyah Hijanah berada dalam keadaan tertekan.

Sementara itu, dia juga menilai Aisyah sebagai seorang wanita yang bijak kerana menjalani kehidupan seperti biasa walaupun berdepan dengan kontroversi rumah tangga manakala Fatin pula didakwa tidak senang duduk melihat keadaan Aisyah.

Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang personaliti media sosial, Alif Teega yang mengumumkan bahawa dia sudah bernikah lain.

Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak daripada sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.

Manakala, Aisyah mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×