berita

‘Macam Mana Vest Kalis Peluru Boleh Tembus & Bocor’ – Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan

September 4th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Hari ini negara dikejutkan dengan berita kematian anak kepada pelakon AR Badul iaitu Mejar Mohd Zahir Armaya, yang dipercayai tercedera ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

Berita kematian tersebut, ternyata mencuri tumpuan pelbagai pihak terutama Presiden Persatuan Patriot Kebangsaa (Patriot) Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji. Menerusi laporan Harian Metro, beliau memberitahu bahawa demonstrasi tersebut bertujuan untuk menyediakan anggota pasukan dengan situasi sebenar berperang. Namun, tidak sangka ianya bertukar menjadi sebuah tragedi.

Sudah menjadi kelaziman guna peluru hidup

Menurut Datuk Mohamed Arshad, ianya sudah menjadi satu kelaziman bagi pasukan komando Rejimen 11 Gerak Khas (GGK) menggunakan peluru hidup ketika latihan atau demonstrasi. Anggota pasukan akan bersedia dengan situasi sebenar berperang selain membina kecekalan, keyakinan dan keberanian mereka sebelum memasuki medan peperangan sebenar. Tambahnya, tiada situasi yang dibuat-buat apabila komando berlatih tetapi mereka sudah terlatih dan pakar untuk memastikan keselamatan setiap anggota dijaga.

Akan buat betul-betul, memang nak bunyi tetapi setiap tembakan yang dilepaskan akan dipastikan selamat dan menuju kepada baju kalis peluru yang dipakai, bukan tembak di kepala.

Siasatan perlu dilakukan

Dalam pada itu, beliau turut mengulas bahawa kejadian yang menimpa anak pelakon tersebut perlu disiasat secara terperinci kerana hairan bagaimana peluru tersebut boleh menembusi baju kalis peluru yang dipakai.

Siasatan mesti dijalankan, macam mana ‘vest’ kalis perlu boleh tembus dan bocor. Semua mesti disiasat termasuk semua baju kalis peluru yang ada dalam tentera. Saya rasa sesuatu tak kena sebab tembak di badan sepatutnya tak bocor.

Mejar Mohd Zahir Armaya disahkan meninggal dunia ketika mempersembahkan demonstrasi pada pukul 8.30 pagi tadi. Mereka merupakan kumpulan ketiga yang melakukan persembahan tersebut.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×