berita

‘Macam Tak Betul Sekolah Buat Macam Ni’ – Gara-Gara Homework Terlalu Banyak, Guru Ini ‘Ditegur’

August 20th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Tugas mendidik anak pada zaman sekarang bukanlah mudah, tidak dinafikan cabarannya lebih hebat jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Boleh dikatakan, guru pada hari ini tidak hanya perlu melayan anak murid mereka di sekolah, malah perlu sentiasa berhubung dengan ibu bapa melalui aplikasi Whatsapp untuk memudahkan urusan.

Terbaru, pengguna Twitter izskyline kongsi screenshot aduan ibu bapa apabila anak diberi kerja sekolah yang banyak ketika musim perayaan.

Kesian member aku

Dalam posting tersebut, dia memaparkan satu screenshot perbualan di antara rakannya yang bekerja sebagai guru dengan ibu bapa kepada salah seorang pelajar rakannya itu.

Menerusi paparan itu, dia berkata rakannya telah ditegur oleh ibu bapa kepada anak muridnya selepas memberikan kerja rumah yang banyak pada cuti sekolah baru-baru ini.

Kesian member aku.

Aku dulu kerja sekolah banyak pun siap bawak balik kampung nak siap kan. tapi parents sekarang… korang tengoklah niii

Macam tak betul sekolah buat macam ni

Dalam paparan itu, ibu atau bapa kepada pelajar tersebut memarahi guru terbabit selepas dimaklumkan oleh anaknya yang dia mempunyai banyak kerja rumah untuk dilakukan.

Menurutnya, sekolah tidak patut membuat tindakan sedemikian lebih-lebih ia adalah musim perayaan di mana anaknya sepatutnya beramah-mesra dengan saudara mara ketika berada di kampung.

Macam mana akhlak dan adab anak kita yang tak peduli sanak saudara sebab nak buat homework?

Perkongsian lelaki itu mendapat perhatian rata-rata netizen di mana ada sebahagian yang memihak kepada guru tersebut, malah tidak kurang juga bersetuju dengan pendapat ibu bapa pelajar itu.

It’s all about time management

Seorang netizen berpandangan bahawa ia semua adalah tentang masa. Ibu bapa pelajar tersebut tidak sepatutnya menyalahkan guru sahaja.

Malah, seorang netizen ini turut berpandangan bahawa pada ketika inilah ibu bapa memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah tersebut.

Masalah pentadbir push cikgu

Namun tidak kurang ada juga yang menyokong kenyataan ibu bapa itu. Membalas posting tersebut, seorang netizen yang juga merupakan seorang guru berkata mereka tidak berhasrat untuk membebankan anak murid mereka dengan kerja rumah yang banyak pada musim cuti.

Namun jelasnya, perkara itu terpaksa dilakukan selepas diarah oleh pentadbir sekolah  bagi menjaga prestasi sekolah.

Sumber: Twitter izskyline

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×