
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Madammu berkongsi pengalamannya ketika mula berhijrah dan mengenakan hijab buat kali pertama.
Artikel Berkaitan: Kuku Mudah Patah Punca Madammu Sering Pakai Kuku Palsu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu Ditegur Membazir Buang Kek RM2,000 – ‘Untuk Perhiasan Je’
‘Saya pernah cuba bertudung dulu’
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Madammu atau nama lengkapnya Eriyca Baiduri berkata, dia mengalami masalah keguguran rambut yang teruk sehingga menyebabkan tekanan emosi ketika cubaan awal memakai tudung beberapa tahun lalu.
Siapa yang dah lama mengikuti saya mesti tahu saya pernah cuba bertudung dulu untuk pertama kali.
Selepas itu saya buka balik sebab rambut saya jadi bertompok dan gugur. Bila jadi macam tu, saya buka tudung balik.
Mungkin dulu (3 tahun lepas), kali pertama kan, saya stress sampai tak boleh tidur. Kadang-kadang sebab stress juga boleh buat rambut kita makin teruk.
Jelasnya lagi, perubahan gaya hidup yang mendadak, termasuk perlu mengikat rambut setiap hari kerana memakai tudung, antara faktor yang mungkin menyebabkan keadaan itu berlaku.
Masa tu saya pakai tudung 6 bulan dan rambut mula gugur bila dua minggu pertama saya bertudung.
Mungkin juga sebab bila bertudung, saya kena ikat rambut sebab saya ni jarang ikat rambut. Mungkin itu satu perubahan yang mendadak, jadi dia terkejut.
‘Rambut pun tak gugur dah’

Namun selepas Madammu membuat keputusan untuk membuka tudung, keadaan rambutnya kembali sihat dan normal. Kini, selepas beberapa tahun, Madammu akhirnya memutuskan untuk kembali berhijab.
Kali ini bila saya mula nak bertudung semula, saya dah dapat jangka dan tahu mesti rambut saya akan bertompok-tompok.
Minggu pertama dekat umrah tu rambut dah mula gugur. Tapi bila saya dah jangkakan apa yang akan terjadi, saya dah tak stress dan rambut pun tak gugur dah.
Perkongsian Madammu ini mendapat perhatian ramai dan rata-rata pengikut mendoakan agar penghijrahannya kali ini dipermudahkan dan kekal istiqamah.
Sumber: TikTok







![[VIDEO] Anak 1 Tahun 6 Bulan Ditinggalkan Sendiri, Ayah Pantau Guna CCTV Ketika Bekerja](https://asset.ohbulan.com/2026/07/anak-2-tahun.jpg)
