Kemelut rumah tangga antara isteri pertama kepada suami pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib dengan Rosland Othman masih berterusan.
Artikel Berkaitan: Suami Miera Liyana Sekat Nombor Telefon Isteri Pertama, Tak Bayar Nafkah Lebih Setahun
Artikel Berkaitan: ‘Pergi Bercuti Ke Vienna Boleh, Bayar Nafkah Tak Reti’ – Anak Tiri Miera Liyana Nak Keadilan Untuk Ibu
Nak suami jadi bertanggungjawab
Memetik laporan BH Online, Adibah mengakui masih mahu terus mempertahankan rumah tangga meskipun perkahwinan mereka dilanda badai sejak dua tahun lalu.
Kata Adibah, dia tidak berhasrat memfailkan perceraian dan mengaku masih sayangkan rumah tangga yang dibina sejak 28 tahun lalu.
Sebagai seorang isteri, sudah tentu saya ingin menyelamatkan perkahwinan kami.
Sememangnya, saya tak pernah terfikir untuk bercerai. Saya cuma mahu suami lebih bertanggungjawab dan adil dalam soal pemberian nafkah.
Nafkah adalah tanggungjawab suami, jadi saya tidak perlu meminta-minta.
Ajak berbincang
Dalam pada itu, Adibah mendedahkan komunikasi antara dirinya dengan Rosland hanya menerusi anak.
Terbuka untuk bersemuka, Adibah merayu kepada Rosland untuk pulang ke rumah bagi menyelesaikan ketegangan.
Kami sukar berkomunikasi disebabkan nombor saya disekat sejak 21 September 2021. Justeru, Rosland hanya berhubung dan memberi nafkah melalui anak.
Saya tiada masalah untuk selesai dan berbincang secara bersemuka berhubung soal ini dengan Rosland.
Pulanglah ke rumah dan bincang secara baik untuk capai kata sepakat antara kedua pihak.
Sebelum ini, Adibah mendakwa Rosland tidak lagi melayannya seperti seorang isteri sejak berkahwin dengan Miera pada 26 Julai 2020.
Sumber: BH Online