berita

‘Mahal Lah, Kedai Ah Chong Lagi Murah’ – Kisah Masyarakat Yang Selalu ‘Bunuh’ Perniagaan Bangsa Sendiri

August 23rd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Apa agaknya perasaan korang kalau usaha dan amalan baik yang dilakukan selama ini tidak dihargai oleh masyarakat dan orang di sekeliling? Pasti sakit kan? Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Malik.

Menerusi Facebook Darnalis A Rahman, wanita tersebut berkongsi kisah mengenai niat abangnya yang hendak memudahkan urusan orang kampung dengan mewujudkan sebuah workshop selepas bersara daripada tentera. Namun, usaha yang dilakukan itu tidak dihargai sehinggakan dirinya ditimpa masalah pula. Sedihnya!

Asyik nak minta murah sahaja

Sekadar gambar hiasan

Dah lama cerita ni akak simpan. Kisah pengajaran tentang sikap orang Melayu yang suka nak murah sahaja. Ni kisah tentang abang akak. Tapi sekarang dia tak ada. Kisah yang banyak pengajaran untuk kita sebagai bangsa Melayu. Abang akak seorang bekas tentera. 20 tahun dia berkhidmat dengan tentera dalam bidang jentera berat. Kerja dia hari-hari memang repair kenderaan tentera.

One day dia amik keputusan berhenti kerja. Nak berniaga buka workshop sendiri dekat kampung akak. Kampung akak belum ada workshop orang Melayu lagi. Berbekalkan pengalaman 20 tahun dan sedikit duit yang dapat bila berhenti tentera dia buka workshop. Maka bermulalah siri demi siri kisah usahawan melayu yang di boikot oleh bangsa sendiri dengan alasan mahal. Tanpa usul periksa.

Kisah 1 “Mahal lah malik..kedai ah chong lg murah..”.Kisah 2 “Apalah malik ko repair rosak balik.” Padahal dah cakap rosak ni pakcik kena tukar. Tapi dia suruh repair dulu sebab tiada duit nk tukar. Jadi abang akak repairlah asal boleh pakai sementara. Bila rosak balik dia komplen cakap repair tak pandai. Dia pi kedai Ah Chong. Ah Chong terus tukar. Dia cakap Ah Chong pandai repair. Kisah 3, ” Malik..pakcik hutang dulu ya sebab tak cukup duit ni. Nanti bulan depan pak cik bayar”. Sampai abang akak meninggal pun hutang tak bayar-bayar. Kisah 4. Pergi beli barang dekat supplier”Ni spare part rm80.00″ taukeh “X boleh kurang sikit ke bos?” Abang akak ” Ni sudah murah..sekarang barang banyak mahal” taukeh. Mai bangsa dia. Minta barang yang sama cong ciang cong ciang.. rm60.00 je. Kisah 5. Bangsa melayu lepak kedai kopi membawang pasal isu perniagaan sekitar kampung. Habis dibuka, di fitnah anak bangsa. Meniaga mahal. Meniaga tak betul. Meniaga main tipu.

Kembali kepada pencipta

Sekadar gambar hiasan

Padahal adakah dia siasat pekara tu betul-betul. Memburuk burukkan bangsa sendiri berniaga tak berhenti. Membanggakan bangsa lain. Bertahun-tahun abang kakak berniaga ibarat kais pagi makan pagi. Workshop bangsa lain bertambah maju disebabkan sifat bangsa kita yang nak murah itu.

Last abang kakak terpaksa tutup workshop kerana sewa tak mampu bayar. Dia buat online workshop service. Orang panggil dekat mana kereta rosak dia datang repair. Lepas 6 bulan dia sakit. Mungkin sebab stress dengan apa yang berlaku. Dah sekarang dia dah kembali kepada pencipta. Sekarang ni tak ada dah Malik yang nak datang repair kereta pak cik- pak cik dekat kampung. Tak ada dah Malik yang korang boleh telefon malam-malam datang selamatkan korang tepi jalan. Tak ada dah Malik yang nak bagi korang hutang sampai dia tak ada duit nak beli susu pampers anak. Malik dah pergi jauh tinggalkan isteri dan 4 orang anak yang masih kecil.

Inilah kisah bangsa yang membunuh jiwa dan raga org melayu kita sendiri. Kerana sifat dan sikap asyik nak murah, asyik mencari salah bangsa sendiri dan asyik memandang hebat bangsa lain. Bangsa melayu yang jadi korban kerana sifat kedekut dan berkira-kira. ~al fatihah utk yan~

Sumber: Darnalis A Rahman

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×