Pasangan selebriti Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini ketika ini sedang mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rizky Febian Lemah Lembut Bimbing Mahalini Baca Al-Fatihah Buat Netizen Terharu – ‘Slow-Slow Belajar’

Manis berhijab

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RizkyFebian (@rizkyfbian)

Sepanjang mengerjakan umrah, Rizky dilihat banyak berkongsi momennya mengerjakan umrah bersama Mahalini menerusi Instagram (IG).

Alhamdulillah, pertama kali bawa isteriku tunai umrah.

Dapat dilihat, pelantun lagu ‘Bohongi Hati’ itu begitu manis mengerjakan hijab sehingga menyorot perhatian wargamaya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Mahalini dan mendoakan agar penyanyi berusia 24 tahun itu terus istiqamah menjalani kehidupan sebagai seorang saudara baharu.

Untuk rekod, pasangan popular itu dilaporkan sudah bernikah semula pada 27 Disember lalu selepas perkahwinan pada 5 Mei 2024 dapati tidak memenuhi syarat rukun nikah mengikut hukum Islam.

Komen netizen

 

Sumber: IG Rizky Febian