berita

Mahkamah Kekalkan Hukuman Lelaki Durjana, Rogol Anak Tiri 105 Kali – ‘Bapa Jenis Apa Ini? Sekali Pun Tak Boleh Dimaafkan!’

November 9th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara dan sebatan yang telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Klang terhadap seorang bapa tiri atas kesalahan merogol anak tirinya sebanyak 105 kali dalam tempoh dua tahun.

Artikel Berkaitan: Warga Emas Berkerusi Roda & Anak Tiri Didakwa Bergilir Rogol Remaja 15 Tahun

Artikel Berkaitan: Lama Jadi Duda, Ayah Tergamak Rogol Anak Atas Dasar Cinta & Anggap Sebagai Kekasih

Rayuan akhir ditolak

mahkamah

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, lelaki berusia 36 tahun itu dikenakan penjara 42 tahun dan 24 sebatan kerana merogol kanak-kanak perempuan tersebut yang berusia 12 tahun.

Tiga panel hakim yang diketuai oleh Datuk Hadhariah bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin sebulat suara menolak rayuan akhir lelaki tersebut untuk mengurangkan hukuman.

Bapa jenis apa yang merogol anak 105 kali? Satu kali pun kita tidak boleh maafkan, ini pula (lebih) 100 kali.

Ini adalah keputusan sebulat suara, rayuan perayu (kurangkan hukuman) ditolak. Hukuman 42 tahun dan 24 sebatan (yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi) dikekalkan.

Mereka yang merogol anak sendiri tidak pernah takut dengan undang-undang, selepas kita letak dipenjara mereka kata sudah jadi orang baik.

Dalam pada itu, ketika prosiding, peguam yang mewakili perayu KA Ramu memohon mahkamah mempertimbangkan rayuan anak guamnya yang telah menerima pengajaran semasa menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir selaku reponden memohon mahkamah untuk mengekalkan hukuman tersebut.

Mangsa dirogol sejak 2018 dan pada 2020 baru ada keberanian untuk melarikan diri. Mak mangsa pergi kerja, perayu melakukan perbuatan terkutuk itu.

Hukuman 42 tahun penjara adalah sangat wajar, dan dia mempunyai masa untuk bertaubat dalam penjara kerana ‘he is sick’.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa atas 105 pertuduhan merogol anak tirinya itu sejak 5 Januari 2018 hingga 24 Februari 2020 di sebuah rumah di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor. Pertuduhan tersebut adalah mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukan penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Terdahulu, pada tahun 2021, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara selama 1,050 serta 24 sebatan tahun terhadap lelaki tersebut. Kemudian pada Mac 2022, Mahkamah Tinggi mengurangkan hukuman penjara kepada 42 tahun namun mengekalkan hukuman sebatan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×