Bekas anggota polis Minneapolis, Derek Chauvin didapati bersalah atas dua tuduhan membunuh dan satu tuduhan menyebabkan kematian George Floyd. Keputusan tersebut dibacakan oleh Hakim Peter Cahill selepas 12 juri membuat keputusan selama 10 jam semalam.
Artikel berkaitan: Anggota Polis Sebabkan Kematian George Floyd Dikenakan Ikat Jamin AS$1 Juta
Didapati bersalah
Menerusi laporan NBC News, Chauvin sebelum ini mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Oleh itu, dia mohon supaya kes tersebut dibicarakan lagi. Namun hasil perbincangan pihak juri, mereka mendapati bahawa Chauvin bersalah atas pembunuhan tahap kedua, pembunuhan tahap ketiga dan menyebabkan kematian George Floyd.
Justeru itu, Chauvin dijangka berdepan dengan hukuman penjara 12 tahun enam bulan untuk pertuduhan pembunuhan tahap kedua, 12 tahun setengah tahun enam bulan untuk pembunuhan tahap ketiga, dan empat tahun bagi tuduhan menyebabkan kematian. Kesemua hukuman tersebut mengikut garis panduan hukuman Minnesota.
Memandangkan Chauvin tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, dia mungkin tidak akan dikenakan hukuman maksimum untuk setiap tiga pertuduhan, iaitu 40 tahun untuk pertuduhan pembunuhan tahap kedua, 25 tahun untuk pembunuhan tahap ketiga, dan 10 tahun untuk menyebabkan kematian. Walau bagaimanapun, pendakwa rakya dijangka akan meminta hukuman lebih berat. Ujar hakim, beliau akan menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh lapan minggu dari tarikh sekarang.
Tangisan kegembiraan
Pain and joy all in one. The world had to demand justice for #georgefloyd its a win for all of you and the world! Change is possible! Lead with love #justiceforgeorgefloyd #DerekChauvinTrial pic.twitter.com/SEGVojhhxU
— L.Chris Stewart (@LChrisStewart1) April 21, 2021
Di Twitter, kesemua ahli keluarga George Floyd serta rakan-rakannya kelihatan gembira sebaik sahaja mahkamah mengumumkan keputusan tersebut. Mereka turut bersyukur keadilan akhirnya berpihak kepada mereka. Bukan itu sahaja, masyarakat yang mengikuti kes tersebut sejak awal turut berasa puas hati dengan keputusan mahkamah.
#GeorgeFloyd’s family reacts to #DerekChauvin being convicted on all charges ? pic.twitter.com/mGJA58e1Gj
— DJLouieStylesTV (@DJLouieStylesTV) April 21, 2021
Sumber: NBC News & Twitter