berita

Mahkamah Singapura Tidak Benar Penyerang Kamal Adli Diikat Jamin

April 4th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

 

Penyerang lelaki yang didakwa menyerang pelakon, Kamal Adli dengan menggunakan baton sehingga mendatangkan kecederaan tidak dibenarkan untuk diikat jamin.

Kes tangguh selama empat minggu

Memetik laporan Harian Metro, perkara itu diumumkan Hakim Mahkamah Singapura selepas menerima laporan kesihatan tertuduh daripada Institut Kesihatan Mental (IMH).

Berdasarkan laporan Institut Kesihatan Mental (IMH), saya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Hakim turut memaklumkan bahawa dia sangat bersetuju tiada sebarang ikat jamin ditawarkan ke atas tertuduh.

Kes ini ditangguhkan selama empat minggu kepada 2 Mei.

Terdahulu, tertuduh membantah permohonan pendakwa raya untuk tidak membenarkan dia diikat jamin selepas semakan IMH mendapati dia “berkelakuan dan bertingkah laku baik.”

Tujuh tahun penjara

Dalam perkembangan lain, tertuduh yang berusia 33 tahun itu didakwa atas pertuduhan “disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya”.

Sekiranya disabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau mana-mana gabungan hukuman itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Polis Singapura menerima maklumat mengenai kes tertuduh didakwa menyerang Kamal Adli dengan menggunakan baton di 1 Expo Drive pada 12 Mac yang lalu.

Ekoran serangan itu, Kamal didapati cedera dan terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di Singapura.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×