Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebentar tadi menolak permohonan notis tunjuk sebab Gavin Edward terhadap Serina kerana melanggar perintah persetujuan bersama yang ditandatangani mereka pada 27 Julai tahun lalu.
Permohonan Gavin gagal
Bagaimanapun keputusan tersebut diputuskan Hakim Syarie, Salehan Yatim sebentar tadi setelah meneliti eksibit dan hujahan dikemukakan, mahkamah menolak permohonan Gavin.
Saya menolak permohonan itu dan mengarahkan pihak plaintif memfailkan semula permohonan.
Dalam permohonan tersebut, Gavin telah mendakwa banyak pelanggaran perintah persetujuan bersama Serina telah berlaku termasuk membenarkan kedua anak Tristan Tareef dan Isabella Safiyya tidur sebilik bersama atuk mereka, Datuk Chef Wan.
Walaubagaimanapun, Serina sebagai pihak defendan tidak hadir ke mahkamah dan dia juga didakwa melanggar dan memburukkan Gavin berkhalwat menerusi kenyataan di laman Instagram pada 19 dan 20 Mac lalu.
Malah, Gavin dan peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menerima keputusan tersebut walaupun tidak mengetahui alasan sebenar penolakan permohonan itu.
Sumber: Sinar Online