
Nasi merupakan makanan ruji dan sumber tenaga utama bagi rakyat Malaysia. Ini kerana nasi mengandungi karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada manusia untuk terus cergas melakukan aktiviti seharian. Namun, pengambilannya haruslah dikawal kerana jika diambil secara berlebihan, ia akan menyumbang kepada masalah kegemukan.
Masalah utama yang sering dihadapi bagi orang yang nak diet ini mestilah susah nak tinggal nasi, betul tak? Di twitter, individu ini beri tips bagaimana nak makan nasi sesenduk tapi kenyang macam sepinggan.