
Selebriti terkenal Indonesia, Maia Estianty meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Al Ghazali bersama isteri, Alyssa Daguise selamat menimang cahaya mata pertama mereka.
Artikel Berkaitan: Maia Estianty Pakai Set Perhiasan Cecah RM2.45 Juta Ketika Majlis Bersiram Al Ghazali
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bahagia Maia Dapat Suami Lebih Baik Daripada Saya’
Ucapan Maia

Menerusi perkongsian di Threads, terpancar raut wajah bahagia dalam setiap foto yang dimuat naik oleh Maia bersama suaminya, Al Ghazali, Alyssa serta cucunya.
Menurut Maia, dia sangat teruja menyambut kedatangan cucu pertamanya itu meskipun mereka berada dalam keadaan penat berikutan menunggu proses kelahiran yang lama.
Setelah pernikahan El Rumi dan Syifa, chapter baru bermula sebagai Oma dan Opa (datuk dan nenek), kelahiran cucu kami.
Kami sangat bahagia dan teruja menjalani chapter baru ini.
Setelah menemani hampir seharian di hospital, bersama Mama Risa dan Papa Richard, apabila melihat cucu kami yang cantik, hilang semua lelah termasuklah ibu bapanya yang belum tidur dari semalam.
Allah maha baik, Alhamdulillah.
Dalam masa yang sama, Maia turut mendoakan agar cucu sulungnya itu dilimpahkan dengan kegembiraan dan kebaikan dalam hidupnya.
Jadikan Baby S sebagai cahaya mata ayah dan mamanya, membawa kebahagiaan, keberuntungan, nasib yang baik dan kemudahan hidup untuk seluruh keluarga.
Sementara itu, Maia juga mengucapkan terima kasih kepada Alyssa yang sanggup berkorban nyawa melahirkan cucunya.
Untuk Alyssa, terima kasih sudah berjuang dengan bersalin secara normal, sangat memenatkan.
Terdahulu, Alyssa dilaporkan selamat bersalin bayi sulungnya yang diberi nama Soleil Zephora Ghazali sekitar jam 8.16 pagi pada Ahad.
Untuk info, Al Ghazali dan Alyssa mendirikan rumah tangga pada 16 Jun 2025, majlis itu berlangsung penuh privasi di The St. Regis Jakarta, Indonesia.
Sumber: Threads








