Siapa sangka permainan lato-lato yang menjadi satu fenomena di negara seberang, Indonesia telah menjadi tular dan ‘trend‘ di Malaysia sehingga mudah untuk ditemui di mana-mana.
Namun, permainan itu telah menganggu ketenteraman orang awam.
Artikel Berkaitan: TV RM3K Rosak Sebab Lato-Lato, Wanita Pesan Pakai Pelindung Skrin… Netizen Pula Minta ‘Banned’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bunyi Lato-Lato Ganggu Majlis Nikah, Tok Kadi Selamba Tegur Guna Mikrofon – Lato-Lato, Diam..’
‘Nak marah tapi kena sabar…’
Sekadar gambar hiasan
Menerusi hantaran individu di TikTok, kelihatan beberapa wanita sedang menunaikan solat di sebuah surau awam. Keadaan itu dipenuhi dengan bunyi lato-lato yang dimain oleh dua orang kanak-kanak tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Walaupun individu tersebut merasakan marah dengan keadaan ketika itu, tetapi dia hanya mampu bersabar mengenangkan pemainnya seorang kanak-kanak.
Nak marah tapi kena sabar…
@rosnani.sedi
Haramkan lato-lato
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pendapat untuk mengharamkan lato-lato di Malaysia kerana bunyinya yang menganggu persekitaran awam. Terdapat juga yang memilih untuk ibu bapa mendidik adab pada anak-anak dari awal agar tidak memberi kemudaratan pada orang lain.
Sumber: TikTok @rosnani.sedi