berita

[VIDEO] Panggil Polis Sebab Anak Suka Main Lato-Lato Tapi Netizen Suruh Tangkap Ibunya Pula…

February 23rd, 2023 | by Wani
Kini Trending

Permainan lato-lato tidak lagi asing kelihatan di negara ini apabila ianya menjadi satu fenomena di negara seberang, Indonesia. Tidak mengenal usia, permainan ini menjadi pilihan ramai orang sama ada muda atau sudah berusia.

Artikel Berkaitan: Main Lato-Lato Di Surau Awam, Wanita Berang Ganggu Ketenteraman Nak Solat

Artikel Berkaitan: TV RM3K Rosak Sebab Lato-Lato, Wanita Pesan Pakai Pelindung Skrin… Netizen Pula Minta ‘Banned’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bunyi Lato-Lato Ganggu Majlis Nikah, Tok Kadi Selamba Tegur Guna Mikrofon – Lato-Lato, Diam..’

Nak buang lato-lato

Sekadar gambar hiasan

Menerusi hantaran individu di TikTok, kelihatan seorang ibu sedang mengadu kepada polis yang anaknya suka bermain lato-lato. Namun apa yang mencuri perhatian netizen apabila polis melayan situasi itu sambil menyalakan lampu biru di kereta peronda.

Dia degil Encik, hari-hari degil. Dia suka main lato-lato.

Dalam video tersebut, anaknya dilihat menangis ketakutan apabila kereta polis itu berhenti di tepi kereta ibunya sambil menurunkan tingkap kereta.

Sambil teresak-esak, kanak-kanak itu berkata kepada ibunya selepas ini tidak ingin lagi bermain permainan tersebut dan ingin membuangnya.

@iendaazlinda

Abam polis pun kenat ??? siap bukak lampu biru nak bagi lagi takut

? Funny – Gold-Tiger

Tangkap mak dia polis!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan situasi tersebut dan memuji tugas polis yang melakukan pelbagai kerja selain daripada memberkas orang-orang jahat. Selain itu, terdapat juga komen yang sempat berseloroh untuk menangkap ibunya kerana lato-lato itu tidak mungkin dibeli anak kecil itu sendiri.

Sumber: TikTok @iendaazlinda

SKIP THIS AD ×