
Suasana penuh warna-warni menyemarakkan Melaka pada 5 Julai lalu sempena Majlis Pra-Peluncuran Hari Koperasi Negara (HKN) 2025 yang berlangsung penuh meriah di lokasi ikonik Porte de Santiago (A’Famosa).
Majlis ini bukan sahaja memperkenalkan kepada rakyat tentang sambutan Hari Koperasi Negara yang bakal berlangsung pada 25 hingga 27 Julai 2025 di MITC, Melaka, malah turut dimeriahkan dengan kolaborasi eksklusif bersama Program Jom Ronda TV3!
Pelepasan 20 beca penuh gaya!

YB Allex Seah Shoo Chin, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka bersama Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (B), Pengerusi SKM, mengetuai pelepasan 20 buah beca sebagai simbolik pelancaran awal.
Selain itu, dif kehormat serta para tetamu dibawa menyusuri laluan bersejarah Melaka menaiki beca yang dihiasi dengan bahan hebahan Hari Koperasi Negara.
Antara barisan kenamaan yang hadir termasuklah:
- YBrs. Tuan Haji Azam bin Sulaiman, Timb. Ketua Pegawai Eksekutif SKM
- YBrs. Encik Nasrul bin Ahmad, Pengurus Besar Tourism Melaka
- YBrs. Puan Nor Azlin binti Adnan, Timb. Setiausaha Bahagian, KUSKOP
- YBhg. Datuk Mohd Efendi bin Omar, Ketua Pegawai Operasi, Media Prima
Kehadiran barisan tokoh penting ini membuktikan komitmen pelbagai pihak dalam memastikan sambutan Hari Koperasi Negara 2025 memberi impak besar dan menyeluruh kepada rakyat.
Kolaborasi bersama TV3: Jom Ronda!

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terus komited dalam memperkasakan gerakan koperasi negara melalui pelbagai inisiatif, termasuk Hari Koperasi Negara yang saban tahun menjadi platform utama untuk mengetengahkan potensi koperasi kepada masyarakat.
Kerjasama strategik bersama Media Prima menerusi Program Jom Ronda TV3 pula membuktikan keterlibatan media dalam memperluas capaian maklumat kepada rakyat, secara santai dan berkesan.
Pra-peluncuran dah berlangsung meriah, kemuncaknya akan tiba 25–27 Julai ni. Jumpa di MITC, Melaka!
Jangan ketinggalan untuk jadi sebahagian daripada sambutan Hari Koperasi Negara 2025!
Datang beramai-ramai ke MITC Melaka pada 25-27 Julai nanti dan alami sendiri kemeriahan gerakan koperasi negara!
Untuk info lanjut dan aktiviti menarik, layari https://www.skm.gov.my/index.php/my/








