Enggan memanjangkan isu, pelakon Riena Diana menerima permohonan maaf daripada beberapa individu yang sebelum ini menaburkan fitnah serta tuduhan tidak berasas terhadap dirinya.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Gelak, Buat Lawak Tak Bermaksud Korang Boleh Pijak Kepala’ – Riena Diana

Artikel Berkaitan: ‘Keith Nak Peluk Islam, Belajar Agama & Kemudian Baru Kahwin’ – Riena Diana

Dah mohon maaf

Menerusi hantaran di Instagram Story, Riena atau nama lengkap Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, mengakui dirinya amat terkesan dengan segala komen negatif yang dilemparkan.

Selepas saya post, barulah semua orang nak minta maaf. Mak cik TikTok dah DM saya untuk mohon maaf.

Kalau cakap saya koyak, memang saya koyak. Tapi sebab mereka sudah minta maaf, tidak mengapa. Baguslah datang minta maaf.

Justeru, Riena berharap insiden itu dijadikan pengajaran oleh semua pihak dan kejadian sama tidak akan berulang lagi.

Tapi jangan lah buat lagi selepas ini. Kalau saya kurang ajar tak boleh nanti dilabel artis biadab. Tapi kalau netizen kurang ajar tidak mengapa pula.

Saya baru ingat nak ‘deactive’ IG saya sebab terlalu koyak, tapi tidak jadi sebab mereka sudah minta maaf.

Terdahulu, Riena menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Story meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan sikap segelintir pengguna media sosial yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya tanpa sebarang usul periksa.

Antara fitnah yang dibuat adalah mengatakan ibu bapa Riena sudah meninggal dunia, mendakwa sikapnya yang tidak sopan dan beberapa lain lagi.

Sumber: Instagram