berita

‘Mak Murung & Jarang Bercakap’ – Anak Dedah Ibu Mungkin Didera Adik Sejak 4 Bulan Lalu

March 14th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Semalam viral di Facebook seorang warga emas disyaki didera anak dan menantu memohon pertolongan jiran sebelum diselamatkan penduduk. Hasil pemeriksaan doktor, wanita yang berusia lingkungan 60 an itu mengalami luka di kepala serta lebam di seluruh badan.

Menurut anak kedua mangsa, ibunya mungkin didera semenjak tinggal bersama adik keempat di Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Murung & jarang bercakap

Menurut laporan Harian Metro, anak kedua mangsa yang berusia 38 tahun ini hanya mengetahui ibu dikurung dan dicederakan selepas menerima laporan daripada polis semalam.

 Sebelum ini emak rajin bercakap dengan kami, namun sejak tinggal dengan adik keempat, dia sering murung dan jarang bercakap.

Sebelum ini, ibu tinggal bersama adik bongsu lelakinya berusia 30 tahun, ketika itu dia rajin bercakap serta tidak menunjukkan sebarang tanda kemurungan.

Adik kemudian berpindah keluar dan tinggal di Butterworth atas sebab tidak diketahui, sebelum adik perempuan berpindah masuk dari Parit Buntar, Perak kerana mengandung dan memerlukan rawatan di Hospital Bukit Mertajam.

Katanya lagi, empat bulan lalu adik keempat (lelaki), menantu dan adik perempuan berpindah masuk ke rumah berkenaan. Semenjak dari itu, ibu kurang bercakap dan bercerita tidak seperti selalu.

Dia percaya perbuatan tersebut mungkin dilakukan adik keempatnya sepanjang empat bulan berpindah ke rumah tersebut.

Menantu OKU dan terima bantuan JKM, Zakat

Hasil siasatan mendapati menantu mangsa merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dan menerima bantuan daripada JKM dan Zakat Pulau Pinang. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Kanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd Noor Ahmad berkata,

Jiran juga tidak mengetahui berapa lama mangsa ditinggalkan dan pihak kami belum mengambil sebarang tindakan kerana ia dalam disiasat polis.

Oleh kerana kes ini diserahkan kepada polis untuk siasatan dan mangsa juga perlu menerima rawatan lanjut kami akan mengambil tindakan selepas semuanya selesai.

Tambahnya, pihak JKM akan menghubungi kesemua anak untuk berbincang perkara dan tindakan yang sewajarnya selepas polis menyelesaikan kes.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×