
Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi berita gembira mengenai ibunya, Siti Salmah Bachik yang kini sedang dalam perjalanan ke Makkah bagi menunaikan ibadah haji.
Artikel Berkaitan: ‘Doa Umrah Dua Tahun Lalu Dimakbulkan Allah’ – Wan Maimunah Tak Percaya Terima Panggilan Haji
Mak Salmah tunai haji
Menerusi Instagram (IG), Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin meluahkan rasa syukur kerana urusan untuk menghantar ibunya yang mesra disapa Mak Salmah berjalan dengan lancar, Subuh tadi.
Alhamdullillah, Subuh tadi Mak Salmah berangkat menunaikan fardu Haji.
Mak pergi bersama sahabat dan jemaah haji daripada Tabung Haji.
Syukur, segala urusan beg dan pendaftaran berjalan lancar dan terima kasih Lembaga Tabung Haji memudahkan urusan jemaah semua.
Menerusi perkongsian yang sama, pelantun lagu ‘Seribu Kemanisan’ itu menitipkan doa agar ibunya dan jemaah yang lain dapat menjalani ibadah haji dengan lancar.
Doakan semoga Mak Salmah dan jemaah lain diberikan kesihatan yang baik sepanjang menunaikan ibadah haji, mendapat Haji Mabrur dan selamat pergi dan kembali.
Ya Allah, jagakan ibuku dan seluruh jemaah haji yang lain, amin.
Netizen tumpang gembira
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya tumpang gembira dengan berita tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mendoakan agar ibu kepada Siti dikurniakan ibadah haji yang mabrur.
Sumber: IG Siti Nurhaliza