berita

Makan Malam Tahun Baru Cina Dibenarkan Untuk 15 Orang Dalam Satu Masa

February 7th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Terdahulu, kerajaan mengumumkan SOP ketika perayaan sambutan Tahun Baru Cina tidak membenarkan upacara sembahyang di tokong kecuali lima ahli jawatankuasa tempat ibadat. Bagaimanapun, SOP berkenaan didakwa cetus rasa kurang puas hati segelintir pihak termasuk bekas Menteri Kewangan iaitu Lim Guang Eng.

Artikel berkaitan: Tak Boleh Kunjung Mengunjung, Ramai Tak Setuju SOP Sambutan Tahun Baru Cina Termasuk Guang Eng

Terbaru, Kementerian Perpaduan Negara menerusi laporan NST memaklumkan bilangan individu dalam sesebuah majlis makan besar Tahun Baru Cina dihadkan kepada 15 orang sahaja.

Dibenarkan dalam jarak 10km

Pihak kerajaan hari ini bersetuju dan membenarkan makan besar sempena sambutan Tahun Baru Cina dihadkan kepada 15 individu sahaja dalam sesebuah majlis. Sebelum ini, kerajaan mengumumkan SOP sempena sambutan makan besar bagi perayaan tersebut dihadkan dan dibenarkan untuk penghuni dalam rumah yang sama sahaja.

SOP terbaru bagaimanapun masih melarang untuk mereka merentas daerah atau negeri berdasarkan larangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mereka yang menghadapi upacara makan besar ini dibenarkan untuk keluar dalam jarak lingkungan 10km dari kediaman masing-masing tanpa merentas daerah.

SOP terbaru bagi upacara makan besar sambutan Tahun Baru Cina ini telah diumumkan oleh Kementerian Perpaduan Negara, tadi.

Sumber: NST

SKIP THIS AD ×