Baru-baru ini, Menteri Kanan (Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi. Bagi mengekang penularan Covid-19, sambutan Tahun Baru Cina hanya dibenarkan diadakan bersama ahli keluarga di dalam rumah yang sama sahaja.
Namun bagaimanapun, difahamkan SOP yang diumumkan itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kebanyakan komuniti berbangsa Cina dan sebaliknya dengan masyarakat Melayu menyokong SOP berkenaan.
SOP ini pernah dilakukan
Datuk Seri Ismail Sabri menerusi laporan Sinar Harian, memaklumkan SOP ketika perayaan Tahun Baru Cina tidak membenarkan upacara sembahyang di tokong kecuali lima ahli jawatankuasa tempat ibadat. Aktiviti ziarah-menziarahi pada perayaan sambutan Hari Raya Aidilfitri sebelum ini dilonggarkan Perdana Menteri kerana dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), lagipun ketika itu bilang kes positif Covid-19 tidak terlalu banyak seperti kes kebelakangan ini.
Prosedur operasi standard (SOP) ini pernah kita lakukan sewaktu Hari Raya Aidilfitri, begitu juga Deepavali. Bagaimanapun, untuk Sarawak kita serahkan kepada kerajaan negeri untuk umumkan kerana di sana ada PKP, ada PKPB.
Tidak masuk akal
Sementara itu, memetik laporan Malaysia Kini, Setiausaha Agung DAP iaitu Lim Guan Eng menggesa supaya kerajaan mengkaji semula SOP sempena sambutan Tahun Baru Cina yang dilihat sensitif terhadap masyarakat Tiong Hua.
DAP meminta kerajaan persekutuan untuk mengkaji dan memperbetulkan SOP terbaru mereka untuk perayaan Tahun Baru Cina, yang bukan hanya tidak sensitif terhadap masyarakat Cina tetapi benar-benar tidak menghormati.
Sekiranya ibu-bapa saya tinggal di seberang jalan, adakah mereka seharusnya meraikan dan makan sendirian, dan tidak dapat dikunjungi oleh ahli keluarga mereka. Ini akan menjadi sambutan Tahun Baru Cina yang sunyi dan kosong bagi banyak warga emas.
Adalah tidak masuk akal bahawa pasar malam dibenarkan tetapi tidak boleh berkunjung jumpa keluarga hanya kerana mereka tinggal di rumah yang berlainan di daerah yang sama.
‘Ziarahi raya pertama dibenarkan..’
Namun begitu, ada segelintir netizen didakwa kurang berpuas hati dengan SOP yang dikeluarkan pihak kerajaan sempena sambutan Tahun Baru Cina ini. Netizen juga ‘mengungkit’ kenyataan Perdana Menteri yang membenarkan aktiviti ziarah-menziarahi dalam kalangan ahli keluarga dengan tidak melebihi 20 orang pada satu masa.
Raya kita okay je…
Susulan itu, rata-rata antara pengguna media sosial bersetuju dengan tindakan dan SOP yang dinyatakan pihak kerajaan berhubung sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Malah, mereka menyifatkan tindakan kerajaan berhubung SOP itu dianggap adil buat semua kaum dan perayaan.
Sumber: Malaysia Kini, Sinar Harian