
Pelakon, Abby Abadi mencuri perhatian ramai apabila menikmati hidangan bersama anaknya, Marissa Dania, di sebuah restoran wagyu.
Artikel Berkaitan: Enggan Turun Naik Mahkamah, Abby Abadi Pilih Serah Urusan Nafkah Kepada Allah
Artikel Berkaitan: Marissa Dania Perjelas Dakwaan Pilih ‘Live’ Bersama Ibu Tiri Berbanding Abby Abadi
Hubungan anak dan ibu
Perkongsian itu sekali gus menjawab persoalan mengenai hubungan Abby dengan Marissa yang sebelum ini menjadi tanda tanya.
Dalam video yang dikongsikan, Abby dan Marissa dilihat duduk bersebelahan sambil menikmati hidangan bersama.
Turut hadir memeriahkan pertemuan itu ialah rakan seperjuangan Abby, Azza Elite.
Hantaran itu kemudian menjadi perhatian netizen yang rata-ratanya gembira apabila mengetahui hubungan ibu dan anak itu masih baik.
Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian lain, Abby menafikan dakwaan kononnya hubungannya dengan Marissa renggang seperti yang menjadi bualan netizen sebelum ini.
Abby menjelaskan bahawa perselisihan yang berlaku hanyalah antara dirinya dengan bekas suami, Norman Hakim.
Sumber: Instagram