berita

Makcik ‘Gelang Pink’ Disahkan Positif Covid-19

July 21st, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Baru baru ini viral apabila seorang wanita memakai wristband berwarna merah jambu makan di sebuah restoran. Menerusi Sinar Harian, wanita 72 tahun itu diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 Julai lalu.

Artikel Berkaitan : Rileks Je Makan Di Restoran Walaupun Sedang Dikuarantin, KKM Cari ‘Makcik’ Ini

Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan wanita itu disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian kali kedua. Namun wanita itu sudah dimasukkan ke hospital sejak 17 Julai lalu.

Kejadian berlaku 6 Julai lalu

Saringan pertama yang dijalankan mendapati wanita tersebut negatif, namun dipakaikan gelang tersebut serta diperintahkan menjalani kuarantin.

Kejadian itu pula berlaku di sebuah kafe pada 6 Julai lalu bersama keluarganya setelah tiba dari Selangor untuk sarapan sebelum menjalani kuarantin di rumahnya sedangkan gambar itu baharu sahaja tular kelmarin.

Menurut sumber dari Sinar Harian, wanita itu disahkan positif selepas 13 hari menjalani kuarantin dan kini dia telah dimasukkan ke hospital sejak 17 Julai lalu. Foto yang viral di media sosial merupakan foto di sebuah kafe pada 6 Julai lalu dan bukan foto semalam.

Disahkan positif kali kedua

Wanita itu kini masih dalam rawatan Covid-19 di hospital terbabit bersama anak lelakinya setelah ujian kali kedua didapati positif.

Berdasarkan penjelasan daripada pihak kesihatan, volume (kandungan) virus adalah kurang dan risiko menjangkiti juga kurang.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz telah mengesahkan perkara itu setelah siasatan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pada masa sama, Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud memaklumkan bahawa kerajaan negeri memandang serius isu berkaitan pelanggaran SOP oleh wanita berkenaan. Beliau turut menasihatkan orang awam agar sentiasa mematuhi SOP memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berjalan dan kes Covid-19 juga masih bertambah di negara ini.

Sumber : Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×