berita

‘Makin Ramai Mangsa Berani Ke Depan’ – Caprice Bawa ‘Bukti’ Ke Bukit Aman

October 13th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, penyanyi rap Caprice, mendedahkan beberapa bukti perbualan di antara pendakwah selebriti yang didakwa terbabit dengan kes lakukan amang seksual sejak Februari dan Julai lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Ustaz Nak Ajak VC, Tapi Kita Dua Je’ – Lagi Mangsa Pendakwah Selebriti Tampil Dedah Bukti, Kongsi Video?

Berikutan pendedahan tersebut, Caprice tidak menyangka lebih ramai lagi mangsa yang berani tampil ke hadapan dan bercerita mengenai apa yang berlaku.

Bawa bukti kepada Bukit Aman

Alhamdulillah makin ramai mangsa-mangsa baru sudah berani ke depan. InsyaAllah cap akan bawak bukti-bukti dan laporan mangsa yang baru kepada Bukit Aman unit D11 sebab kebanyakan mangsa adalah budak-budak lelaki bawah umur.

Menurut Caprice, kesemua mangsa merupakan budak lelaki di bawah umur. Oleh itu, dia sendiri akan membawa kesemua bukti tersebut ke Bukit Aman. Tambah Caprice, dia meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia seandainya tindakan yang dilakukan ini menyakiti mana-mana pihak. Jelas pelantun suara ‘Kau Hade’, belum ada siapa lagi yang berani membela mangsa.

InsyaAllah kalau ade siapa-siapa dekat luar sana yang perlu bantuan, just whatsapp me at 0169019035 demi keselamatan dan kemajuan islam di negara kita.

Di ruangan komen, netizen memberi sokongan yang sepenuhnya buat Caprice dan berharap nasib kesemua mangsa akan terbela tidak kira cepat ataupun lambat.

Sumber: Caprice

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×