berita

Maklumat Peribadi Tersebar, Haqiem Stopa Buat Laporan Polis

July 19th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sejak beberapa hari yang lalu, viral di media sosial mengenai surat saman yang telah diterima oleh Haqiem Stopa gara-gara kesalahan tidak mempunyai lesen memandu yang sah. Berikutan daripada itu, Haqiem mengaku kesilapan tersebut dan bersedia menanggung akibatnya.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Siap Tolak Bagasi Di ‘Airport’, Haqiem Stopa Kata Nak Pergi Buat Lesen

Artikel berkaitan : Polis Sahkan ‘Influencer’ Kena Saman Tiada Lesen Memandu

Pemandu peribadi tak larat

Menurut Haqiem, dia ditahan kerana tiada lesen kereta bukannya tiada lesen motosikal. Tambah Haqiem, dia mengaku bahawa kejadian malam itu merupakan kesalahan dirinya sendiri.

Selesai makan malam, saya dan pemandu peribadi terus bergerak untuk pulang ke pejabat saya di Sungai Buloh. Kebetulan pemandu peribadi saya tidak larat, jadi saya pandu kereta sendiri namun ditahan polis kira-kira pukul 11 malam ketika melalui satu sekatan jalan raya di ibu kota.

Terbaru, Haqiem tampil membuat laporan polis selepas maklumat peribadi iaitu nama penuh dan alamat yang tertera di surat samannya tersebar. Ujar Haqiem, gambar dan maklumat peribadi itu tidak sepatutnya dihebahkan kerana ianya melibatkan privasi. Dalam pada itu, orang ramai turut menyokong tindakan yang dilakukan oleh Haqiem dengan membuat laporan polis dan berharap orang ramai juga tidak lagi sesuka hati mendedahkan maklumat peribadi orang lain.

Sumber: Harian Metro

 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×