berita

‘Malam Ni I Mengalah Untuk Lihat You Senyum’- Zizan Razak.. Ewah Ewah!

October 28th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Semalam kemenangan berpihak kepada pasukan Perak selepas memenangi perlawanan dalam penentuan sepakan penalti, selepas terikat 3-3 dengan pasukan Terengganu. Perlawanan akhir itu menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia termasuk lah pelawak Zizan Razak dan pelakon comel Mira Filzah.

Semua sedia maklum bahawa Zizan merupakan anak jati Terengganu, manakala Mira Filzah pula dari Perak. Selepas perlawanan itu, pelawak itu telah memuat naik foto serta kapsyen di Instagram, khas buat Mira Filzah. Ehem.. Mereka ni memang ada ‘apa-apa’ ke?

‘Now i tau kenapa i dilahirkan di Terengganu..’

Tidak lama selepas perlawanan berakhir, Zizan telah memuat naik foto collage bersama Mira Filzah beserta kapsyen di bawah;

Now i tau kenapa i dilahirkan di Terengganu. Kerana Terengganu Darul Iman. Hanya orang orang yang beriman selalu diuji. Jadi malam ni i mengalah untuk lihat u senyum. Tahniah buat pasukan Perak. Dan Terengganu Fc kite cuba lagi tahun hadapan. InshAllah. @mfmirafilzah #terengganu #perak#pialamalaysia2018 #football

Berikut antara respon orang ramai mengenai kapsyen di atas;

Tahniah Perak!

Sementara itu, Mira Filzah turut mengucapkan tahniah diatas kemenangan pasukan Perak malam semalam. Kepada Zizan, sabar lah ya. Bak kata orang, bola itu bulat dan kalah menang itu sudah sememangnya adat pertandingan kan?

Sumber: Instagram Zizan Razak & Mira Filzah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×